nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin UMNO lepas kes rasuah mampu memenangkan PH-BN

8 SEPT : Pembebasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada pertuduhan rasuah dijangka akan memberi impak positif terhadap Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor, esok.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berpandangan sokongan pengundi Melayu khususnya penyokong UMNO terhadap Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) dijangka bertambah pada selepas mengetahui pembebasan tuduhan rasuah yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin parti itu.

Katanya, keputusan tersebut mampu menyedarkan penyokong UMNO bahawa pentingnya membuang undi Sabtu ini bagi mengekalkan BN dalam Kerajaan Persekutuan.

“Kes mahkamah Zahid ataupun Bung Mokhtar mampu  memberi impak positif kepada penyokong UMNO.

“Kita tahu penyokong UMNO tidak mahu keluar mengundi, salah-satu sebabnya kerana calon yang bertanding bukan dari UMNO, mungkin belum ada kesedaran lagi tentang penyatuan Kerajaan Perpaduan

“Tetapi kes mahkamah ini mampu menimbulkan kesan positif bahawa ada manfaatnya jika UMNO kekal dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada BBC Portal.

Penganalisis melihat keputusan mahkamah itu akan memberi keyakinan kepada pengundi UMNO untuk mengundi, esok.

Dalam pada itu, Azmi berkata pertambahan undi majoriti bagi memenangkan calon PH, Suhaizan KaIat mungkin berlaku jika penyokong UMNO mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengundi calon daripada Amanah itu.

Tambah beliau, sokongan pengundi Melayu terhadap calon Amanah itu menunjukkan pengundi Melayu lebih rasional dalam menentukan pemimpin yang wajar mentadbir Pulai.

“Jika mereka  (penyokong UMNO) keluar mengundi dan menyokong calon Amanah, kita akan lihat pertambahan undi pada undi majoriti.

“Jika majoriti melebihi 33,000 bermakna penyokong UMNO keluar mengundi dan mengundi calon Amanah.

“Ini akan memberi kesan positif kepada kedudukan UMNO dalam Kerajaan Persekutuan dan turut memberi kesan positif terhadap kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO yang lain,” katanya sambil menambah PH tidak menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kerusi di Parlimen Pulai, esok.

Selain itu, beliau menjangkakan peratus keluar mengundi agak rendah sekitar 65 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, rakyat berkemungkinan sudah bosan dengan politik kerana sikap segelintir wakil rakyat yang masih keanak-anakan bergaduh tanpa henti menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada politik dan pilihan raya.

Sementara itu, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis pula berkata isu-isu yang dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) ketika kempen berhubung keistimewaan Melayu, kerakyatan, ataupun mengenai keputusan pembebasan Zahid daripada pertuduhan rasuah dijangka tidak memberi kesan luar biasa kepada kempen.

Jelasnya, hal tersebut akan menjadi kelebihan kepada kedua-dua parti sama ada PN dapat menarik undi Melayu atau undi pindah kepada mereka serta sejauh mana isu-isu ini memberi motivasi atau kesedaran kepada pengundi.

“Semasa PRN Johor, tidak ramai pengundi bukan Melayu dilihat keluar mengundi. Kita melihat trend itu ada untuk PRK ini.

“Pengundi Cina dilihat agak taktikal dan rasional. Ini sangat signifikan untuk PH kalau berjaya tarik pengundi bukan Melayu keluar mengundi, selain dapat undi daripada penyokong UMNO,” katanya.

Berbeza dengan Azmi, Mujibu berpendapat peratusan keluar mengundi akan menjadi salah satu faktor kemenangan PH terutama di kerusi Pulai.

Jelasnya, hal ini kerana beliau melihat kecenderungan PN yang dilihat lebih menyasarkan kerusi Simpang Jeram serta calonnya Dr Mohd Mazri Yahya daripada PAS menggunakan kelebihannya sebagai doktor pakar untuk mendekati pengundi.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya, di Pulai terdapat sebanyak 166,653 pengundi dengan 44.18 peratus atau 73,619 pengundi adalah Melayu, diikuti pengundi Cina sebanyak 40.46 peratus (67,434 orang), India sebanyak 12.31 peratus (20,508 orang) dan kaum lain sebanyak 3.06 peratus (5,092 orang).

Di Simpang Jeram pula terdapat 40,379 pengundi dengan 51.87 peratus (20,946 pengundi) adalah Melayu, 44.6 peratus (18,010) adalah pengundi Cina, India sebanyak 2.53 peratus (1,022 ) dan kaum lain adalah 0.99 peratus (401). OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.