nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pusat Bencana Geologi ditubuh, tingkat sistem amaran : PM

11 SEPT : Kerajaan akan menubuhkan Pusat Bencana Geologi Negara bagi mempertingkatkan kecekapan sistem amaran awal bencana tsunami, banjir dan tanah runtuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penubuhan pusat itu juga adalah inisiatif daripada kerajaan bagi melindungi rakyat dan semua pihak daripada implikasi bencana.

“Kerajaan prihatin dengan bencana banjir serta tanah runtuh yang acap kali berlaku, dan akan terus memberi tumpuan terhadap usaha-usaha untuk melindungi rakyat.

“Dasar Pengurusan Bencana Negara bawah kawal selia Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan disemak semula untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan meningkatkan keupayaan dalam pengurusan bencana,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan turut memberi komitmen membiayai projek tebatan banjir dengan kos mencecah hampir RM22 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12)

Katanya, keperluan peruntukan besar itu adalah  bagi mengatasi masalah rakyat dengan memberikan kewajaran untuk kerajaan menguruskan isu air dan banjir secara holistik dan bersepadu.

“Kerajaan  akan terus meneroka kawasan yang bersesuaian bagi pengabstrakkan sumber air bawah tanah dengan membina lebih banyak telaga tiub dan pembinaan empangan bawah tanah.Usaha akan digembleng untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi melalui projek Takungan Air Pinggiran Sungai.

“Penerokaan sumber baharu air dan pembinaan infrastruktur air itu akan dapat memastikan keterjaminan bekalan air yang bersih dan selamat kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Sektor Air 2040,” katanya.

Sementara itu,  menerusi pembentangan KSP RMKe-12, Anwar berkata kerajaan turut bersetuju menyalurkan bantuan segera RM800 juta bagi menyelesaikan gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat.

Menurut beliau, bantuan segera itu sebahagian daripada kos keseluruhan yang mencecah RM5 bilion bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah.

“Kerajaan tidak sesekali akan berlengah untuk menyelesaikan gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat.

“Kerajaan juga akan memulakan langkah untuk mereformasi model industri air di seluruh negara supaya lebih mampan dan holistik,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.