nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan cabar undang-undang, anjur perhimpunan tanpa kelulusan

17 SEPT : Amaran tegas dikeluarkan agar tidak mencabar undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan tanpa kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menegaskan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata demikian bagi mengulas Himpunan Selamatkan Malaysia yang berarak lebih dua kilometer dari Kampung Baru ke pusat beli belah Sogo, di ibu negara pada Sabtu.

“Ada pihak menyatakan di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan hak asasi berhimpun memang ada tetapi kena juga artikel 10 (2) yang mana setiap kebebasan untuk berhimpun ada batas-batasnya perlu dipatuhi.

“Kita perlu mengimbangi antara hak asasi dengan keselamatan dan ketenteraman awam, itu kena jelas sebab polis tidak akan bertolak ansur. Jangan jadikan itu alasan untuk melanggar undang-undang. Undang-undang dibuat untuk dipatuhi, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kedah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar, hari ini.

Dalam pada itu, Ayob turut menyatakan, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti 25 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Menurut beliau, mereka adalah termasuk 16 individu yang berucap pada perhimpunan itu.

Katanya, pihaknya telah menghubungi 22 individu setakat ini dan enam daripada mereka menyatakan akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok (Isnin).

“Enam, setakat ini memang yang terlibat sekali memang ada seorang yang berhormat (YB) dalam itu yang setuju untuk memberi keterangan esok. YB ada seorang, penggerak utama dia (berpangkat) Datuk pun ada seorang, maka kita akan hubungi,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Serta Seksyen 4(2)b mengadakan perhimpunan larangan di masjid dan Seksyen 4(2)e membawa kanak-kanak bagi menyertai perhimpunan.

Pada Sabtu, sekumpulan peserta perhimpunan berarak dengan berjalan kaki dari Masjid Jamek Kampung Baru ke kompleks beli belah Sogo selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Perarakan diketuai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard.

Tun Faisal bersama Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.