nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia buka semula kedutaan di Baghdad

22 SEPT: Malaysia memutuskan untuk membuka semula Kedutaan Besar di Baghdad selepas 20 tahun ditutup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya dari Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani, hari ini sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 (UNGA).

Menerusi pertemuan itu, Anwar dan Mohammed Shia’ mencapai kata sepakat supaya Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara Malaysia dan Iraq yang tertangguh sekian lama, bersidang semula dalam masa terdekat.

“Saya maklumkan, keputusan Kerajaan Malaysia untuk membuka semula Kedutaan Besar di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup,” katanya dmenerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Iraq ditutup pada tahun 2003 susulan pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) dan disokong negara sekutunya.

Presiden AS ketika itu George W Bush memberikan alasan kononnya mahu memusnahkan senjata pemusnah besar dan menjatuhkan pemerintahan diktator Presiden Saddam Hussein.

Dalam pertemuan yang sama, kedua-dua perdana menteri itu turut berbincang dan merangka skop kerjasama lebih mendalam antara Malaysia dan Iraq dalam pelbagai sektor.

Kata Anwar, kerjasama dalam sektor pendidikan, hubungan udara dan pelancongan diberikan keutamaan selain daripada meneroka peluang kerjasama baharu.

“Kami juga berkesempatan bertukar-tukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,”katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Iklim, John Kerry.

Pertemuan itu bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing  ketika ini.

“Saya turut sampaikan hasrat Malaysia untuk terus bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat bagi mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar serta kesihatan manusia,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.