nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Pelangai: Jangan sentuh isu 3R semasa berkempen

23 SEPT : Semua ahli politik diingatkan supaya tidak memainkan isu agama, raja dan kaum (3R) serta perkara yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pelangai yang bermula hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman turut mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan perbuatan seperti merosakkan bahan kempen pihak lawan serta  perlu memohon permit ceramah daripada pihaknya bagi tujuan keselamatan.

“Kita berharap semua calon yang bertanding dan penyokong parti untuk terus mematuhi peraturan pilihan raya dan undang-undang,” katanya selepas majlis perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata proses penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai hari ini berjalan lancar dengan tiada insiden tidak diingini berlaku.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN), Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal.

Dalam pada itu, Yahaya turut memaklumkan polis sedang melengkapkan siasatan berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Shahril Azman Abd Halim dari parti PAS yang memainkan sentimen 3R menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sebelum ini, Pegawai khas Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, Ahmed Wafiuddin Shamsuri dilapor membuat laporan polis mendakwa Shahril Azman memainkan sentimen 3R semasa berada dalam DUN Pelangai dengan video dimuat naik di akaun media TikTok ADUN berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.