nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak pernah guna ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ dalam Perlembagaan

23 SEPT : Kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen.

Demikian penegasan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkait pertikaian penggunaan kalimah itu di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“…peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen telah sedia dinyatakan dalam Jadual Keenam di bawah Artikel 59(1) Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah menggunakan kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’.

“Kalimah penyataan sumpah kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ hanya disebut dalam penyataan angkat sumpah oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bangkit bertanya sama ada kalimah itu tidak lagi digunakan dalam mengangkat sumpah ketika Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang baru mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Menjawab persoalan Shahidan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata istilah itu tiada dalam Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mengulas perkara itu, Wan Junaidi menyokong jawapan Johari sambil menegaskan sumpah dilafaz mengikut Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Seperti yang dijawab oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, penyataan sumpah ini adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 5 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sumpah yang dilafazkan hendaklah mengikut seperti yang disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Junaidi berharap penjelasan itu dapat memberikan maklumat yang jelas berkait pertikaian berhubung perkara berkenaan.

*Foto : Parlimen Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.