nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan umum 4 langkah tambahan tangani isu beras

2 OKT : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bakal melaksanakan empat langkah intervensi bagi menangani isu kenaikan harga beras putih import (BPI) dan peningkatan permintaan terhadap beras putih tempatan (BPT).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah intervensi yang bakal dilaksanakan juga merangkumi pelbagai sesi libat urus bagi memastikan input daripada semua pihak berkepentingan diambil kira.

Katanya, langkah itu termasuk mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meningkatkan pengedaran BPT ke kawasan luar bandar termasuk di kedai-kedai runcit.

“Melalui intervensi tersebut, kami akan memastikan pemerkasaan edaran BPT melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diperluaskan dengan meningkatkan pengedaran di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

“Kerajaan turut memutuskan supaya perolehan baharu beras di bawah kontrak kerajaan menggunakan beras import yang dibekalkan pada harga borong RM3,200 (harga pintu gudang) dalam kampit 50 kilogram tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

“Dalam konteks Sabah dan Sarawak, kerajaan memutuskan agar harga BPI diserap oleh kerajaan mulai 5 Oktober ini bagi membolehkan ia diperoleh dengan harga runcit iaitu pada RM31 bagi setiap 10 kilogram,” katanya pada sidang media khas KPKM, hari ini.

Mohamad berkata langkah intervensi itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pertemuan yang diadakan bersama beliau, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata pihaknya turut melancarkan Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OP BPT) pada hari ini yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

“OP BPT ini akan melibatkan badan Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS),” katanya.

Justeru, beliau berharap inisiatif tersebut dapat meredakan kebimbangan rakyat berhubung kenaikan harga beras import dan peningkatan permintaan terhadap BPT di pasaran.

Sementara itu, Mohamad memberitahu isu kenaikan harga beras turut melibatkan negara serantau malah sebanyak 19 negara mengambil ketetapan untuk membataskan eksport ke negara luar untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.

“Sebagai contoh negara India mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu dan memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.