nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jerebu teruk: Kalimantan Tengah isytihar darurat 10 hari

6 OKT : Pihak berkuasa di Kalimantan Tengah, Indonesia mengisytiharkan darurat selama 10 hari bermula hari ini (6 Okt) susulan pencemaran udara yang teruk hingga mengurangkan jarak penglihatan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berterusan.

Menurut Gabenor H Sugianto Sabran, indeks pencemaran udara mencapai tahap berbahaya pada 3 Oktober dengan jarak penglihatan menurun kepada kurang daripada 1,500m pada 2 Oktober akibat asap tebal.

“Data yang dikumpul dari 1 Januari hingga 2 Oktober menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau ini.

“Ini menyebabkan 3,230 kejadian kebakaran hutan dan tanah, manakala usaha memadam kebakaran setakat ini mencecah 9,137 hektar tanah,” katanya.

Ekoran pengisytiharan itu, pihak berkuasa memperuntukkan sebanyak 110 bilion rupiah (kira-kira RM33 juta) untuk mempergiatkan operasi memadam kebakaran dan menyediakan perkhidmatan kesihatan bergerak kepada penduduk yang terjejas bagi menangani isu ini.

Sebelum ini, pihak berkuasa di Banjarmasin, Kalimantan Selatan menetapkan status bersiap sedia untuk darurat jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah sehingga 30 Oktober ini.

Antara kawasan paling teruk terjejas akibat jerebu adalah Banjarmasin Utara, Banjarmasin Selatan dan Banjarmasin Timur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.