nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia bertegas hak rakyat Palestin perlu dikembalikan

9 OKT : Malaysia tetap berpendirian bahawa hak mutlak bebas perlu dikembalikan semula kepada Palestin daripada pendudukan haram Israel.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia termasuk hak untuk mengembalikan tanah yang dirampas oleh zionis serta hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Beliau turut menegaskan perjuangan membebaskan tanah dan hak rakyat Palestin akan menjadi salah satu tunjang keutamaan dasar luar kerajaan Malaysia.

“Malaysia akan terus menyokong segala usaha konkrit dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.

“Namun, penyelesaian itu hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) serta memenuhi teras-teras yang dinyatakan dahulu.

“Ia juga termasuk memberi sokongan terhadap keabsahan rakyat Palestin membentuk sebuah negara yang bebas dari pencerobohan Israel yang berterusan dalam meluaskan penempatan Yahudi di Tebing Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas perkembangan semasa konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 22 September lalu menerusi ucapannya turut menegaskan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin.

Katanya, pendirian Malaysia juga jelas  dilihat berdasarkan kenyataan keras yang sering dikeluarkan negara berhubung mengecam dan membantah segala bentuk provokasi dan tindakan keganasan rejim Israel.

“Malaysia turut menyertai beberapa negara lain dalam mengemukakan kenyataan bertulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 25 Julai mengenai pendudukan, penempatan haram dan pengilhakan (pengambilan wilayah tanpa kebenaran) yang berpanjangan Israel ke atas wilayah Palestin sejak 1967.

“Selain bantuan dari kerajaan, kita juga turut membantu menyalurkan sumbangan kemanusiaan daripada dana yang dikumpul dari sumbangan awam melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar,” katanya.

Sehubungan itu,  Ahmad Zahid menggesa ahli-ahli Parlimen menyokong sepenuhnya ketetapan yang digariskan kerajaan atas semangat Perpaduan dan soladiriti rakyat Malaysia dan berdasarkan prinsip-prinsip Malaysia MADANI  seperti kemampanan, kesejahteraan, hormat dan ihsan. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.