nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 187,500 penduduk Gaza hilang tempat tinggal

11 OKT : Lebih 187,500 penduduk di semenanjung Gaza dilaporkan hilang tempat tinggal di semenanjung Gaza sejak Sabtu lalu, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Bumi Gaza kembali berdarah selepas serangan mengejut Hamas terhadap Israel mencetuskan serangan udara besar-besaran yang menyasarkan lokasi padat penduduk.

Kebanyakan penduduk yang kehilangan tempat tinggal berlindung di sekolah di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pada itu, PBB dilaporkan mengecam tindakan Israel menghentikan semua penghantaran makanan, air, elektrik dan bahan api ke semenanjung Gaza.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk di Geneva berkata sekatan itu dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa kerana menafikan keperluan hidup individu lain.

“Perintah kepungan yang membahayakan nyawa orang awam dengan tidak membenarkan barangan penting untuk kelangsungan hidup mereka adalah dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Sebarang sekatan ke atas pergerakan orang dan barangan untuk melaksanakan kepungan mesti dibuktikan oleh keperluan ketenteraan atau sebaliknya boleh dikenakan hukuman kolektif,” katanya.

Sementara itu, media kerajaan Korea Utara buat pertama kali menerbitkan kenyataan berkait konflik Palestin-Israel itu sambil menyalahkan Israel atas pertumpahan darah di bumi Gaza.

Menurut akhbar itu, masyarakat antarabangsa mendakwa pertempuran yang berlanjutan sekarang adalah akibat daripada tindakan jenayah berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

Justeru itu, katanya, jalan keluar asas ialah membina sebuah negara Palestin yang merdeka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.