nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Thailand tubuh jawatankuasa khas tingkat kerjasama

11 OKT : Malaysia dan Thailand bersetuju menubuhkan beberapa pasukan petugas bagi memanjangkan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama ini melibatkan sektor utama antaranya bidang pertanian, pelancongan dan keselamatan.

Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat bersama rakan sejawatnya, Srettha Thavisin di Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Anwar berkata, beliau dan Srettha turut bersetuju untuk memberikan tempoh satu bulan kepada jawatankuasa khas tersebut bagi meneliti laporan yang diberikan sebelum memutuskan untuk mengambil langkah seterusnya.

“Saya amat memahami fokus anda dalam isu-isu keselamatan dan pelaburan. Saya amat mengalu-alukan peluang dalam mencapai beberapa keputusan perniagaan di luar kebiasaan yang memberi kelebihan kepada kedua-dua buah negara.

“Melalui penubuhan pasukan petugas khas ini, kedua-dua negara yakin boleh meningkatkan jumlah pelaburan dan saling melengkapi satu sama lain dalam membantu negara jiran dan memperoleh manfaat daripada negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Srettha, hari ini.

Anwar berkata kerjasama itu turut melibatkan bidang perdagangan, perniagaan termasuk industri halal sekali gus mampu meningkatkan jumlah pelaburan di kedua-dua negara sebagai rakan negara jiran.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan hasrat syarikat Proton-Geely untuk mewujudkan kilang kenderaan elektrik (EV) di Thailand dan Srettha menyokong penuh hasrat syarikat automobil itu.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Srettha di Istana Negara hari ini.

Srettha yang tiba pada 12.50 tengah hari meluangkan masa lebih 30 minit di Istana Negara.

Srettha kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini yang juga merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.