nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bajet seimbang, lebih fokus soal rakyat

13 OKT: Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini dilihat seimbang dan lebih memberi penumpuan terhadap soal rakyat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata walaupun bajet kali ini menuju kepada subsidi bersasar, namun  penjimatan yang diperoleh daripada pendekatan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat khususnya golongan B40.

“Secara keseluruhannya, Perdana Menteri lebih menumpukan kepada soal rakyat, dengan banyak perkara membabitkan soal rakyat, dari soal kehidupan pesawah, petani dan nelayan.

“Saya lihat dalam konteks ini, beliau seimbang. Walaupun mahu menuju kepada subsidi bersasar, tapi dalam masa sama, beliau tekankan  penjimatan yang diperoleh daripada subsidi bersasar itu akan dipulangkan semula kepada rakyat, khususnya yang dianggap B40,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan II itu turut memuji usaha kerajaan yang masih mengekalkan Kementerian Pendidikan sebagai penerima peruntukan tertinggi dalam memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan sewajarnya.

Johari  berkata, inisiatif kerajaan dalam mengehadkan yuran pendaftaran tidak melebihi RM1,500 juga amat membantu meringankan beban ibu bapa untuk menampung perbelanjaan anak mereka ke universiti.

“Pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) mengambil masa untuk diproses. Jadi, saya fikir, ini perkara utama yang kita perlu tolong sebab saya secara peribadi melihat mereka ini.

“Kadangkala sedih apabila melihat si ibu perlukan RM300 ke RM400 untuk anak masuk ke universiti tapi tiada duit dan disebabkan masalah itu, ada sesetengah daripada mereka yang menolak tawaran dan tidak mahu mendaftar,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.