nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan ditambah lebih RM547 juta bukti peranan penting KDN

14 OKT : Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima peruntukan tambahan lebih RM547 juta atau 2.9 peratus dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, semalam.

Kementerian yang diterajui Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu menerima peruntukan sebanyak RM19.06 bilion berbanding RM18.51 bilion, tahun ini.

Beliau menyifatkan penambahan peruntukan itu menggambarkan peranan penting kementeriannya sebagai pemangkin kerangka Ekonomi MADANI.

“Ia juga memperlihatkan kerajaan serius dalam usaha memastikan agensi penguatkuasaan terus memperhebat tindakan dalam memelihara kesejahteraan rakyat, menangani ketirisan hasil, memperketat langkah kawalan penyeludupan dan meningkatkan usaha penguatkuasaan serta operasi secara bersepadu.

“KDN amat berbesar hati atas perhatian dan peruntukan yang diberi oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama beliau menggariskan 15 inisiatif yang akan ditambah baik serta diperkasakan antaranya mewujudkan Baitul Mahabbah iaitu penyediaan penempatan sementara kanak-kanak daripada pusat tahanan imigresen dengan peruntukan RM10 juta.

Selain itu katanya, KDN juga akan menambah aset-aset perairan melibatkan sembilan kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta perolehan tujuh pesawat twin engine dan lima buah helikopter ringan PDRM.

“Peruntukan RM10 juta dalam usaha memperkasakan Program PEKA (Peluang Kedua Anda) oleh Jabatan Penjara bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada para pesalah yang akan tamat tempoh hukuman melalui penyediaan latihan kompetensi TVET yang diakreditasi oleh CIDB.

“RM5 juta bagi penambahan bilangan anjing K9 untuk polis bagi tujuan pencegahan jenayah dan dadah.

“RM20 juta bagi meningkatkan fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam membanteras jenayah scam,” katanya.

Selain itu, KDN juga akan meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi membolehkan penagih dadah menerima rawatan tanpa kemasukan ke institusi penjara. OLEH : NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.