nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menteri jamin peristiwa rakyat kibar bendera putih tidak berulang

18 OKT: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan peristiwa rakyat mengibar bendera putih di hadapan rumah akibat terputus bekalan makanan semasa pandemik Covid-19 tiga tahun lalu tidak akan berulang. 

Sehubungan itu, menterinya, Datuk Seri Mohammad Sabu menggesa semua pihak khususnya wakil rakyat supaya ‘rajin’ mencari peluang untuk membantu rakyat sekiranya berlaku situasi-situasi cemas seperti itu. 

Mohammad turut menggalakkan ahli Parlimen menggunakan peruntukan wakil rakyat yang diberikan bagi membantu kawasan masing-masing selain mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Jika tiada peruntukan kita boleh mengadu kepada JKM dan kerajaan negeri serta  pelbagai inisiatif boleh dibantu dan kita semua tahu tempat-tempat kita mengadu hal kecemasan itu.

“Jadi, pihak pengadu dan pihak wakil rakyat hendaklah rajin mencari ruang untuk membantu jika berlaku soal-soal cemas sepeerti itu, dan kita jamin dalam apa keadaan sekalipun kita tidak mahu rakyat Malaysia lapar.

“Kita tidak mahu lagi bendera putih dinaikkan jika berlaku apa-apa sekalipun seperti yang berlaku tiga tahun dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai strategi pihak kerajaan membantu golongan nelayan sekiranya berlaku kemalangan semasa sesi jawab lisan di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Muhammad Bakhtiar turut mengambil contoh kejadian kebakaran lima buah bot di Balik Pulau yang berlaku baru-baru ini yang mana beliau perlu mengeluarkan peruntukannya sendiri sebagai wakil rakyat bagi membantu mangsa yang terlibat kerana tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak berkenaan.

Dalam pada itu, Mohammad turut memaklumkan pelbagai insentif yang diusahakan KPKM  bagi membantu golongan nelayan meringkan beban menghadapi kos sara hidup sepanjang tahun 2018 sehingga kini. 

Sebagai contoh, para nelayan menerima elaun sara hidup nelayan pada kadar RM300 sebulan bagi nelayan laut dan RM250 sebulan bagi nelayan darat.  

“Sepanjang tempoh 2018 hingga 2022, jumlah keseluruhan bayaran elaun sara hidup nelayan berjumlah RM628.22 juta.

“Pada tahun 2023, sebanyak RM147.3 juta telah diperuntukkan untuk program ini yang merangkumi nelayan laut dan negara darat,” katanya. 

Selain itu, KPKM  juga menyediakan skim bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan sebanyak RM7.5 juta dibelanjakan dari tahun 2018 hingga 2022 yang memberi manfaat kepada 5,990 nelayan.

“Skim bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan yang mula dilaksanakan daripada 2009 sehingga sekarang bertujuan untuk memberi bantuan segera dalam bentuk kewangan, barangan atau segala bentuk yang bersesuaian kepada nelayan yang terlibat kemusnahan atau kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan keluarga,” katanya. 

Pada masa sama, skim subsidi diesel yang mana nelayan boleh mendapatkan dengan harga diesel RM1.65 sen seliter turut diberikan sepanjang tahun 2018 sehingga 2022.

“Nilai subsidi diesel  yang ditanggung kerajaan berjumlah RM3.61 bilion, ia  merupakan satu angkat yang agak besar,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.