nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hamas layan dengan baik : tebusan dibebaskan

25 OKT : Salah seorang wanita rakyat Israel yang menjadi tebusan pejuang Hamas di Gaza menceritakan layanan yang diterimanya sepanjang ditahan sejak tercetus perang Palestin-Israel, 7 Oktober lalu.

Yocheved Lifshitz, 85 yang diterjemahkan anak perempuannya ke dalam bahasa Inggeris berkata kepada media kesemua tebusan dilayan dengan sangat baik meskipun berstatus tebusan.

Malah segala keperluan mereka disediakan secukupnya termasuk syampu dan perapi rambut.

“Ibu saya beritahu ketika tiba mereka ditempatkan di ruangan yang besar di mana terdapat lebih kurang 25 tebusan yang lain.

“Ibu saya kata yang mereka (Hamas) sangat peramah terhadap mereka (rakyat Israel yang diculik) dan mereka (Hamas) jaga kami.

“Mereka beri ubat dan rawat salah seorang lelaki yang cedera bersama kami. Paramedik rawat luka dia dan diberi ubat serta antibiotik.

“Mereka peramah, jaga tempat itu dengan bersih dan sangat prihatin dengan kam,” katanya.

Sebelumnya, tular di media sosial video wanita itu ketika dibebaskan sempat menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum melangkah pergi.

Yocheved ketika itu berbaju ungu dilihat dipimpin pejuang Hamas ketika berjalan sebelum dibebaskan dan dia menghulurkan tangan kepada pejuang tersebut untuk bersalaman.

Ketika ditanya media tentang tindakannya itu, wanita tersebut berkata kerana layanan yang diberikan pejuang Hamas kepadanya sangat baik.

“Kerana mereka layan kami dengan sangat baik. Mereka sangat lembut serta menjaga semua keperluan kami. Keperluan yang wanita perlukan (juga disediakan) termasuk syampu dan perapi rambut. 

Selain itu, menurut Yocheved ketika mula-mula tiba, Hamas memaklumkan kepada tebusan bahawa mereka berpegang kepada al-Quran dan tidak akan menyakiti tebusan.

“Sebaik kami tiba di Gaza, pertamanya mereka memberitahu kami bahawa mereka percaya kepada al-Quran dan mereka tidak akan membahayakan kami. Mereka kata mereka akan memperlakukan kami sebagaimana mereka melayani orang-orang di sekeliling mereka. 

“Mereka jaga keperluan kami, saya beri kredit kepada mereka untuk itu. Mereka sangat sopan. Mereka pastikan kami bersih, makan.

“Kami makan benda yang sama dengan mereka (Hamas). Roti pita dengan krim keju, keju cair, timun. Itu menu untuk sepanjang hari,” katanya.

Yocheved dibebaskan bersama Nurit Cooper, 80 di mana keduanya dibebaskan di sempadan Rafah ke Mesir.

Sayap tentera Hamas, Briged Qassam dalam satu kenyataan berkata pihaknya memutuskan untuk membebaskan mereka atas sebab kemanusiaan dan kesihatan.

Sebelum ini dua wanita warga Amerika Syarikat dibebaskan Hamas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.