nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan bimbang pendirian Malaysia bela rakyat Palestin

27 OKT : Semua pihak tidak perlu bimbang tekanan dan ancaman yang bakal diberikan pihak asing ekoran kelantangan negara membela nasib rakyat Palestin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia sentiasa bersedia dan mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani hal itu kerana ia merupakan komitmen kerajaan dalam memperjuangkan rakyat Palestin. 

Katanya, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan Malaysia bakal berdepan dengan risiko dan sekatan ekonomi namun beliau yakin Malaysia mampu menanganinya dengan kaedah yang bakal digunakan kelak. 

“Kita tidak harus khuatir sebab kita mempunyai nilai tersendiri dalam perkara ini dan kita tahu selama 75 tahun Palestin ditekan dan bagaimana penjajahan neokolonialisme dilakukan dahulunya oleh kuasa besar, diteruskan sehingga sekarang serta menafikan hak Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan bersama diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia London, malam tadi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menerima ugutan daripada pihak luar ekoran ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Namun, Anwar menegaskan selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pendirian Malaysia adalah pendirian rasmi yang mana ianya mewakili seluruh ahli Parlimen dan rakyat Malaysia.

Justeru, beliau berkata tidak ada sebab ugutan sekatan dilakukan terhadap Malaysia. 

“Ini adalah pendirian rasmi dan Malaysia sebagai negara berdaulat harus dihormati biarpun pendirian serta pandangan kita berbeza daripada negara yang tidak bersetuju dengan pendirian (Malaysia).

“Kita juga lihat bahawa suara lantang Perdana Menteri adalah suara lantang bukan hanya masyarakat Islam tetapi juga masyarakat pelbagai agama kerana kita mengutamakan nilai kesejagatan di dalam pendirian rasmi kita,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan beliau bersama Ahli Parlimen UK, beliau berkata mereka berkongsi pendirian yang sama dengan Malaysia walaupun berbeza dengan pendirian yang disuarakan ketua kerajaannya.

“Mereka adalah ahli Parlimen parti daripada luar kerajaan yang memerintah, mereka sangat prihatin terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin.

“Tindakan segera perlu dilakukan bagi menyelamatkan rakyat Palestin yang berada di Gaza,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.