nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PBB gagal tamatkan perang, Malaysia tetap gesa henti serangan

27 OKT : Malaysia tetap menggesa serangan ke atas Palestin dihentikan segera meski Persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) semalam gagal mencapai persetujuan menamatkan krisis itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak peduli dengan keputusan yang dicapai dalam UNSC itu.

“Kita tidak peduli apa keputusan lain. Hak rakyat Palestin mesti diberi. Soal tanah, harta dan maruah mereka mesti diberi keutamaan.

“Tetapi yang mesti disegerakan ialah hentikan serangan dan salurkan bantuan kemanusiaan yang juga menjadi keutamaan kepada negara Islam,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat di Masjid As-Shariff, Kampung Dato’ Ahmad Razali di Dengkil, hari ini.

Rusia dan China mengunakan kuasa veto menolak resolusi Amerika Syarikat supaya perang dihentikan seketika bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik, manakala resolusi Rusia supaya gencatan senjata dilaksanakan tidak mendapat undian mencukupi.

Dalam pada itu, Anwar berkata tumpuan utama kini menghantar bantuan kemanusiaan ke kawasan terjejas.

“Tumpuan sekarang ialah dalam soal bantuan kemanusiaan seperti makanan dan perubatan. Dalam masa yang sama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi juga memberi jaminan bantuan berkenaan dari Rafah akan disegerakan,” katanya.

Malaysia terus menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab serta mengadakan rundingan setiap hari untuk mengetahui perkembangan semasa.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata penghantaran pertama sebantan 20 tan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk penduduk di Semenanjung Gaza akan dihantar bermula minggu depan.

Sehingga kini, kira-kira 50 tan barang-barang bantuan kemanusiaan bernilai hampir RM7 juta berjaya dikumpulkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.