nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Tak adil hanya banding ringgit dan dolar Amerika sahaja’

4 NOV : Kritikan yang hanya dibuat perbandingan antara ringgit dan dolar Amerika adalah tidak adil, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dolar Amerika kini berada pada paras sekitar RM4.75.

Jelas Ahmad, perkembangan ekonomi Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh termasuk unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar empat hingga lima peratus pada tahun ini.

Justeru, beliau berkata, jika penilaian dibuat berdasarkan ukuran yang sepatutnya, ekonomi Malaysia diunjurkan berada pada landasan yang kukuh.

“Kedua, dari segi defisit 4.3 peratus, kurang daripada lima peratus tahun ini. Ketiga, kadar inflasi semakin menurun iaitu 1.9 peratus.

“Keempat, usaha kita untuk memastikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus kekal, iaitu sebanyak 3.00 peratus seperti diumum oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Dan satu lagi, kadar penganguran sebanyak 3.4 peratus, rendah daripada empat peratus guna tenaga penuh,” katanya.

Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas Penganugerahan Usahawan Muslim Terbilang ‘IDEA Award 2023’ anjuran Dewan Perniagaan ‘Muslim Insiders’ di ibu negara,  malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, indikasi lain bagi menilai keadaan ekonomi negara juga dilihat berdasarkan nilai pelaburan pada separuh pertama 2023 yang agak besar.

“Segala angka itu menunjukkan ekonomi kita berada di landasan yang kukuh, yang menunjukkan asas yang kukuh.

“Jadi, kepada pengkritik di luar sana, lihat angka-angka utama ini. Dan ia adalah yang diajar di universiti, yang mengkaji ekonomi. Dan tidak adil merujuk dolar Amerika dengan ringgit,” ujarnya.

Sebelum ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan Malaysia meraih pelaburan yang diluluskan bernilai RM132.6 bilion pada separuh pertama 2023.

Sementara itu, Ahmad turut mengingatkan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar memanfaatkan peruntukan kerajaan dalam Belanjawan 2024 sebanyak RM44 bilion dalam bentuk pinjaman dan jaminan pembiayaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.