nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khabar angin Zahid lepas jawatan Presiden UMNO palsu

22 NOV : Khabar angin mengenai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melepaskan jawatannya kepada bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ekoran masalah kesihatan adalah tidak benar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata Ahmad Zahid akan kembali bertugas seperti biasa selepas menjalani pembedahan serta menyangkal dakwaan mengenai timbalan presiden itu akan meletakkan jawatan pada bila-bila masa.

“Dalam organisasi politik, bila presiden letak jawatan, timbalanlah yang akan pangku. Timbalan letak jawatan, naib presiden pangku, selepas itu pegawai, majlis tertinggi (MT) dan seterusnya.  

“Kalau semua barisan MT tiba-tiba hilang sekali pun, Hishammuddin Tun Hussein takkan boleh jadi pemangku presiden kerana keahlian beliau sudah pun digantung selama enam tahun,” kata beliau menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, Raja Petra menerusi ciapan di platform X mendakwa Ahmad Zahid akan meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan dan akan menyerahkan jawatan pemangku presiden kepada Hishammuddin.

Terdahulu, Anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memaklumkan keadaan kesihatan bapanya berada pada tahap baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Lokman turut menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.