nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan pilih wakil rakyat lagak seperti pemborong buah

25 NOV: Pengundi di Parlimen Kemaman diingatkan agar tidak memilih pemimpin yang hanya muncul pada pilihan raya hanya untuk meminta undi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pengundi di kawasan itu perlu mempertimbangkan perkara tersebut jika tidak mahu kawasan itu terus mundur daripada arus pembangunan.

Katanya, rakyat terutama pengundi di Parlimen Kemaman memerlukan seorang Ahli Parlimen yang mampu berkhidmat 24 jam sehari selain pengundi perlu memilih wakil rakyat yang mampu berkhidmat dan bukannya pemimpin yang hanya datang tunjuk muka untuk meminta undi ketika berkempen pada pilihan raya.

“Selepas memenangi pilihan raya, wakil rakyat berkenaan menghilangkan diri dan akan muncul semula ketika musim pilihan raya bertujuan meminta undi lagi.

“Jika pengundi memilih wakil rakyat bersikap seperti pemborong buah iaitu datang dan tunjuk muka ketika musim buah, kawasan dimenangi akan terus mundur daripada arus pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Kuang, Kemaman,pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata akibat pengundi tersilap memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, pembangunan di Kemaman jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan Parlimen lain.

Katanya, sebelum ini, daerah Kemaman pernah mendapat pengiktirafan piawaian emas bencana di peringkat antarabangsa pada 2013.

“Pengiktirafan itu diberikan ketika Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjadi Ahli Parlimen Kemaman dan kaedah tangani banjir itu dijadikan contoh kepada beberapa negara lain.

“Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kemaman, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor turut terbabit secara langsung bersama Ahmad Shabery membantu rakyat yang terkesan berikutan banjir besar melanda di daerah itu,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Muhammad Akmal berkata Raja Muhamed Affandi mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang jika diberi peluang pengundi pada PRK Kemaman nanti.

“Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar tidak boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi di Parlimen Kemaman, berikutan sibuk menguruskan pentadbiran negeri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.