nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan hanya jadi juara parti masing-masing di Parlimen

30 NOV : Kesemua ahli Parlimen digesa agar mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan semasa persidangan Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata setiap ahli Parlimen tidak sepatutnya hanya menjadi ‘juara’ untuk parti politik masing-masing semasa dalam perbahasan.

Tegasnya, ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk menjadi suara rakyat di kawasan masing-masing.

“Suka saya ingatkan mereka (ahli Parlimen) dibayar datang ke Dewan Rakyat untuk berbicara tentang rakyat. Sebaik anda (ahli Parlimen) masuk dalam (dewan), itu hak waktu rakyat dan anda perlu berbicara tentang rakyat.

“Kalau kita mula jadi pelawak dalam Parlimen, akhirnya masyarakat akan menyindirkan diri (kita) daripada apa yang berlaku dalam Parlimen…ini yang kita mahu elakkan,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Dalam program sama, beliau mengingatkan ahli Parlimen agar lebih bersedia dengan membaca soal isu yang akan dibawa kepada persidangan agar perbahasan akan menjadi lebih ‘cantik’ dan matang, sekali gus menjurus kepada perbincangan yang lebih substantif.

“Saya bagi contoh mungkin ada rang undang-undang yang dibentangkan oleh menteri terdapat kelompongan, dengan hujah yang baik, menteri akan buat perubahan dan pindaan yang diperlukan berdasarkan pandangan yang diberikan,” kata Johari.

Untuk tujuan itu, Johari berkata pihak Parlimen kini dalam proses mengadakan sesi latihan berkaitan cara menyediakan dan mengajukan soalan kepada ahli Parlimen untuk sesi Dewan Rakyat akan datang yang dijadual pada Februari tahun hadapan.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pihaknya dalam proses menyediakan Parlimen Belia yang lebih sistematik bagi meningkatkan minat dan penglibatan golongan muda.

“Saya sedang sediakan kaedah bagaimana mereka boleh bertanding. Jumlah (Ahli Parlimen Belia) 222 juga, seperti mana dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Kita sedang melihat bagaimana masyarakat belia boleh terlibat untuk memilih Ahli Parlimen Belia (bagi kawasan masing-masing).

“Harapan kita setelah mereka masuk ke Parlimen Belia, balik esok mereka boleh menjadi ahli Dewan Rakyat yang betul dalam parti yang dia suka. Akhirnya, kita dapat melihat anak muda memenuhi Parlimen dengan kualiti yang berbeza berbanding sekarang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.