nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tidak boleh kawal harga getah

4 DIS : Malaysia tidak mempunyai suara untuk mengawal harga getah di pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan mengambil maklum dengan cabaran ketidaktentuan harga getah pada masa kini.

“Intervensi daripada pihak kerajaan untuk penentuan atau kawalan harga adalah minimum memandangkan syer pengeluaran tahunan getah asli Malaysia adalah pada anggaran tiga peratus daripada pengeluaran getah dunia.

“Maka negara tidak mampu mengawal harga getah,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai pelan kerajaan untuk menstabilkan harga getah yang telah mencengkam pekebun kecil sejak sekian lama.

Menurut Fadillah, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi harga getah asli seperti prestasi pasaran hadapan getah, harga minyak mentah, kadar pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi negara pengeluar dan pengimport utama getah dunia.

Bagaimanapun katanya, kerajaan terus giat berusaha untuk membantu menstabilkan harga getah dengan melaksanakan pelbagai langkah.

Ini termasuk jalinan kerjasama dengan negara pengeluar getah utama dunia mengikut kerangka Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dan Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) dalam menstabilkan harga getah melalui langkah pengurusan bekalan dan meningkatkan penggunaan getah asli dalam kalangan negara pengeluar.

Malah dalam Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.00 daripada RM2.70 sekilogram.

Tambah Fadillah kerajaan kini sedang giat melaksanakan mekanisme bagi meningkatkan pendapatan pekebun melalui peningkatan produktiviti dan penambahbaikan rangkaian bekalan getah serta urus niaga getah.

“Mekanisme ini dilaksanakan dengan mengguna pakai teknologi terkini dan meningkatkan kerjasama dengan pihak industri seperti koperasi, usahawan dan kilang pemprosesan,” katanya.

Tiga inisiatif utama yang sedang dilaksanakan adalah projek Transformasi Industri Getah melalui pengklusteran dan aktiviti nilai tambah pekebun kecil, projek Rintis Model Baharu Insentif Pengeluaran Getah melalui peningkatan pengeluaran lateks tempatan dan pemendekan rangkaian bekalan lateks serta projek rintis penggunaan gas penggalak lateks berasaskan teknologi yang telah dibangunkan oleh Lembaga Getah Malaysia.

“Mekanisme ini dirancang untuk meningkatkan pengeluaran getah dan nilai tambah getah yang akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.