nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

22 pembaharuan KBS tercapai dalam tempoh 9 bulan

8 DIS : Sebanyak 22 pembaharuan yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memacu pembangunan sukan negara berjaya dicapai dalam tempoh sembilan bulan iaitu tiga bulan awal sebelum genap setahun pentadbiran Kerajaan MADANI.

Kejayaan tersebut membuktikan KBS berjaya menunjukkan prestasi terbaik di bawah kepimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli Abdul Halim selaku Menteri dan Timbalan Menteri, dan ianya selaras dengan misi membentuk negara yang sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan pembudayaan sukan.

Pencapaian pembaharuan yang berjaya dilaksanakan oleh KBS itu diterjemahkan menerusi 22 pembharuan merangkumi empat aspek meliputi memperkukuhkan ekosistem sukan;merakyatkan sukan;memperkasakan belia; dan merakyatkan fasiliti KBS.

Menerusi aspek ekosistem sukan, KBS menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC) pada Jun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jawatankuasa tersebut antara lainnya membincangkan isu-isu berkaitan sukan tempur, renang dan olahraga serta keperluan untuk mengamalkan pendekatan menyeluruh pembangunan sukan membabitkan kerjasama menyeluruh daripada KBS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Di samping itu, KBS turut meningkatkan 51 kepada 103 jenis sukan Berdasarkan peruntukan Seksyen 37 Akta 576, KBS mengemas kini senarai di bawah Jadual Pertama melalui Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023.

Pada Mac 2023, KBS memperkenalkan Kod Sukan Selamat yang menjadi garis panduan untuk mewujudkan persekitaran sukan selamat yang menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan.

Menerusi aspek merakyatkan sukan, Hannah Yeoh menjelaskan kementeriannya memperbanyakkan Program Skrin Besar serta Jualan Sukan Rahmah yang mana ia merupakan kesinambungan program Payung Rahmah khusus untuk menjadikan barangan sukan lebih mampu milik.

Malah, KBS turut menganjurkan tayangan skrin besar untuk memberi akses kepada orang ramai menikmati acara sukan secara langsung sambil memupuk minat bersukan di kalangan generasi muda.

Pada masa sama, KBS meningkatkan taraf fasiliti bagi merakyatkan program sukan dan belia.

Usaha ini dilaksanakan dengan membuka fasiliti Perbadanan Stadium Malaysia untuk tujuan penganjuran acara sukan dan belia yang mana sebanyak 193 tempahan telah dibuat setakat 27 November 2023.

Usaha ini termasuklah melancarkan Inisiatif ‘1 Sukan, 1 Fasiliti’ pada Ogos lalu bagi mewujudkan tempat latihan kekal untuk persatuan sukan kebangsaan dengan matlamat membangunkan prestasi dan bakat dalam sukan.

Selain itu, KBS turut menyediakan penginapan Youth Capsule @ IYC Residence khusus untuk belia yang menjalani latihan industri, sedang mencari tempat tinggal, mencari pekerjaan atau belia yang bekerja tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.