nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pegawai kanan polis ditahan kes langgar mati calon SPM

15 DIS : Seorang pegawai kanan polis ditahan hari ini berhubung insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar Tingkatan Lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh tengah hari tadi.

Motosikal ditunggang mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 itu dilaporkan dilanggar kereta dipandu pegawai polis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman esok untuk siasatan lanjut.

Katanya, remaja lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawai polis berusia 44 tahun itu tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Yahaya, siasatan akan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah kecederaan pada bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Orang awam juga diminta tidak membuat sebatang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Yahaya dalam pada itu turut meminta kepada orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

Terdahulu media melaporkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di tempat kejadian selepas diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.