nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Undang-undang Islam: Cadangan Koo Ham tidak berpijak di bumi nyata

29 DIS : UMNO menyifatkan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham sebagai ‘tidak berpijak di bumi nyata’ apabila mencadang lantikan pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan Ahli Parlimen Beruas itu hanya akan mencetuskan polemik tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum di negara ini.

Menurutnya, Mahkamah Syariah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam manakala proses menambah baik dan menaik tarafnya sejak UMNO menerajui kerajaan sebelum ini juga sentiasa dilaksanakan secara bertahap dan mengambil kira ruang lingkup kuasa dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menekankan sepanjang proses menaik taraf Mahkamah Syariah meliputi aspek pentadbiran, kompetensi, emolumen dan penggajian hakim serta pegawai serta bentuk dan tahap hukuman diperuntukkan bawah kuasa mahkamah itu, ia tidak pernah sekali-kali mengambil mahupun mencabuli hak rakyat bukan Islam.

“Ini juga sejajar peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pemelihara serta pelindung kepada kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan, pada masa sama mengiktiraf kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan di negara ini.

“Justeru, berikanlah kepercayaan dan keyakinan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam menentukan panel yang bakal menganggotai jawatankuasa itu kelak.

“Tentunya DYMM Tuanku Raja-Raja Melayu amat bijaksana dan pasti mengambil kira segala aspek termasuk bidang kuasa diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam mengabsahkan terma-terma rujukan jawatankuasa itu,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook, malam tadi.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menekankan sebarang hasil dapatan jawatankuasa itu kelak pasti akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu setelah diteliti segala aspek berkait Perlembagaan.

“Malah, jika ada sebarang cadangan membabitkan pindaan undang-undang mahupun Perlembagaan sekalipun tentu prosesnya akan turut membabitkan ahli-ahli Parlimen bukan Islam yang mempunyai kuasa untuk membahas, menyokong, meminda atau menolak cadangan yang terkait penggubalan undang-undang mahupun Perlembagaan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Beliau juga mengingatkan Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.