nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekutu AS enggan terlibat ‘lawan’ Houthi di Laut Merah

28 DIS : Sekutu Amerika Syarikat (AS) nampaknya enggan campur tangan dalam ‘melawan’ serangan Houthi Yaman ke atas perkapalan Laut Merah.

Presiden AS, Joe Biden sebelum ini sudah pun mengumumkan pasukan maritim baharu yang merupakan gabungan pertahanan lebih daripada 20 negara untuk memastikan perdagangan bernilai berbilion dolar itu dapat mengalir bebas melalui titik getir perkapalan yang penting di perairan Laut Merah, luar perairan Yaman.

Namun, hampir separuh daripada negara berkenaan setakat ini tidak tampil untuk mengiktiraf sumbangan mereka atau membenarkan AS berbuat demikian.

Mereka boleh menghantar kapal perang atau menghantar pegawai sahaja, lapor Reuters.

Keengganan sebahagian sekutu AS untuk terlibat diyakini berpunca daripada konflik di Gaza yang terus menyaksikan pembantaian Israel ke atas penduduk Palestin yang kini sudah meragut lebih 21,000 nyawa.

Dua daripada sekutu AS yang disenaraikan sebagai penyumbang kepada Operasi Penjaga Kemakmuran iaitu Itali dan Sepanyol mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahu menjauhkan diri daripada pasukan maritim.

Madrid menyatakan orang Eropah semakin kritikal terhadap Israel dan mereka perlu berhati-hati daripada ditarik masuk ke konflik.

Kementerian Pertahanan Itali berkata, mereka akan menghantar sebuah kapal ke Laut Merah berikutan permintaan daripada pemilik kapal Itali, bukannya sebagai sebahagian daripada operasi AS itu.

Perancis pula berkata, ia menyokong usaha untuk mendapatkan kebebasan pelayaran di Laut Merah tetapi kapalnya akan kekal di bawah perintah Perancis.

Sepanyol berkata, mereka tidak akan menyertai Operasi Penjaga Kemakmuran dan menentang penggunaan misi antilanun EU sedia ada, Atalanta, untuk melindungi perkapalan Laut Merah.

Namun, semalam Perdana Menteri, Pedro Sanchez, berkata beliau bersedia mempertimbangkan penciptaan misi berbeza untuk menangani masalah itu.

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu sebelum ini mengisytiharkan mereka tidak berminat dalam usaha itu.

Houthi yang disokong Iran menyerang dan merampas puluhan kapal dengan peluru berpandu serta dron yang dikaitkan dengan zionis sejak 19 November lalu 

 Laut Merah ialah pintu masuk kapal yang menggunakan Terusan Suez yang mengendalikan kira-kira 12 peratus perdagangan di seluruh dunia dan penting untuk pergerakan barangan antara Asia dan Eropah.

Serangan Houthi menyaksikan beberapa kapal dialihkan ke sekitar Tanjung Good Hope Afrika, tetapi ia meningkatkan masa dan kos pelayaran dengan ketara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.