nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Palestin: PM, menteri kirim poskad khas kepada PBB

17 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama jemaah menteri menandatangani dan mengirim poskad khas kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyuarakan pembelaan kepada Palestin.

Anwar berkata poskad khas itu bagi menzahirkan hasrat rakyat negara ini yang mendesak PBB menerima Palestin sebagai negara anggota.

“Pagi ini saya dan jemaah menteri menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

“Poskad khas ini adalah bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia dengan mendesak PBB menerima Palestin sebagai negara anggota dan menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, poskad khas sempena Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB itu akan diserahkan menerusi Wakil Tetap Malaysia ke PBB.

“Saya berharap suara tulus rakyat Malaysia ini mendapat perhatian serius daripada Guterres,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama menyertai kempen itu boleh membeli poskad tersebut di pejabat pos.

“Rakyat Malaysia boleh ikut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB dengan membeli poskad ini bermula esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad,” katanya.

Pada poskad itu tertera ayat ‘We appeal for the UN to accept The State of Palestine as a full member. Ceasefire now!’

Poskad itu mula dijual esok di semua pejabat pos pada harga RM2 sekeping (termasuk setem pracetak 90 sen) dan orang ramai juga boleh membuat pembelian secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Pos Malaysia Bhd https://shop.pos.com.my/.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.