nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sarawak mungkin ambil alih bank perdagangan

17 JAN : Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengambil alih sebuah bank perdagangan di negara itu sebagai satu lagi entiti untuk ditadbirnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu yang dilaporkan media baru-baru ini mengenai hasrat kerajaan negeri untuk menambah pegangan dalam Affin Bank Bhd sehingga 20 peratus.

“Saya tak berani komen kerana Affin sebuah syarikat tersenarai,” katanya lapor Bernama.

Ditanya sama ada perkembangan ini menggambarkan entiti ketiga yang ingin diambil alih kerajaan negeri beliau berkata: “Kata orang, kalau tak ada angin, tak akan bendera bergoyang.”

Pada Jumaat lepas, Abang Johari berkata Sarawak menyasar untuk mengambil alih satu lagi entiti yang akan merancakkan sektor perniagaan dan keusahawanan negeri itu.

Tanpa mendedahkan entiti tersebut, beliau berkata pengambilalihan itu akan diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi dan ia merupakan satu daripada tiga entiti utama yang akan menjadi milik penuh kerajaan negeri pada tahun ini.

“Terdapat tiga perkara yang kita rancang ambil alih pada 2024. Satu sudah (Pelabuhan Bintulu), yang kedua tunggu nanti saya bagi tahu dan yang ketiga sudah tentu, MASWings Sdn Bhd. Kemudian (selepas pengambilalihan itu), kita akan mempunyai keseluruhan sistem ekonomi untuk Sarawak,” katanya.

Pada 8 Januari 2024, Affin Bank Bhd dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemegang saham utamanya mengesahkan sedang berbincang dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak untuk ‘kemungkinan urus niaga membabitkan saham tambahan’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.