nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO Selangor serah semula 20 jawatan ahli majlis

20 JAN : UMNO Selangor membuat keputusan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri kepada sekutunya, Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata tindakan itu bagi membuktikan UMNO Selangor tidak tamakkan jawatan atau mendesak PH memberi jawatan kepada mereka seperti dakwaan yang tersebar.

Namun katanya, UMNO Selangor menuntut 373 jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri tersebut diberikan kepada parti berkenaan.

“Keputusan sudah dicapai, kita serah semula semua jawatan ahli majlis yang ditawarkan kepada UMNO untuk diisi PH kerana kita menghormati parti itu yang menguasai kawasan bandar.

“Kita mahu PH menjaga bandar dan UMNO menjaga kawasan kampung. Kita akan serahkan keputusan ini kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi esok (Ahad) dalam pertemuan tertutup di Sepang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada program ‘Retreat MCA Selangor’ di Wisma MCA, hari ini.

Semalam seorang pemimpin PH Selangor dilaporkan mendakwa ramai dalam gabungan itu tidak berpuas hati dengan pelbagai konsesi diberikan kepada UMNO.

Pemimpin itu yang juga Exco Selangor berkata UMNO ‘terlalu mendesak’ walaupun hanya menang dua kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Megat Zulkarnain menjelaskan, ketetapan itu dicapai pada Mesyuarat UMNO Selangor yang dihadiri 22 bahagian pada malam Jumaat.

Namun beliau sempat melahirkan rasa terkilan kerana PH melantik ahli majlis PBT ketika rundingan jawatan itu dibuat juga sehari sebelum UMNO mengadakan mesyuarat berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri Selangor menawarkan 20 daripada 288 kerusi ahli majlis PBT keseluruhan.

“Semua tidak tahu 20 ahli majlis PBT itu daripada 288 kerusi. Kalau dari segi peratus, ia hanya 7 peratus.

“Berbanding situasi di Melaka, PH ditawarkan 17 jawatan daripada 78 ahli majlis PBT. Kalau ikut peratus 20 peratus dan di sana PH menolak. Sehingga hari ini ahli majlis PBT di Melaka belum dilantik,” jelasnya.

Pada kesempatan itu beliau turut menegaskan, UMNO bukanlah tidak sedar diri atau membuat tuntutan melampau namun hanya mahu berunding atas semangat persahabatan.

“Jadi saya nak ingatkan ini bukan soal kita ‘demand’, soal tidak sedar diri tapi ia soal kita yang bersahabat. Kalau kita tamak, kita akan minta lebih (jawatan),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.