nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Spanco: SPRM sudah panggil bekas menteri kewangan

22 FEB : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil dan merakam percakapan bekas menteri kewangan melibatkan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan kes masih berjalan bagi tempoh 2020-2021 dan akaun terbabit masih dibekukan.

Katanya lagi, ramai saksi juga sudah dipanggil memberi keterangan setakat ini.

“Kita sudah merakam keterangan bekas menteri kewangan namun bekas perdana menteri ketika itu belum dipanggil memberi keterangan.

“Kita serah kepada pegawai penyiasat, jika ada keperluan (SPRM) akan memanggil bekas perdana menteri itu untuk memberi keterangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) kali ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Dalam pada itu Azam berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil lebih ramai pihak yang terbabit termasuk bekas perdana menteri ketika itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil pihak yang terbabit dalam kuasa meluluskan projek berkenaan, tetapi (setakat ini) belum lagi rakam percakapan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, SPRM menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

Empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan turut diserbu dengan lebih 20 individu dipanggil dan kira-kira 80 akaun syarikat dibeku.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.