nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keluar daripada mentaliti ‘ganjaran dan hukuman’, Rafizi beritahu rakyat

29 FEB : Rakyat perlu lebih terbuka dalam membuat keputusan dan keluar daripada mentaliti ‘carrot and stick’ (ganjaran dan hukuman) yang mengharapkan ganjaran bagi setiap pelaksanaan program kerajaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata demikian susulan keengganan rakyat mendaftar Pangkalan Data Utama (PADU).

Tidak berhasrat untuk mewajibkan rakyat mendaftar, Rafizi berkata kerajaan akan terus menggalakkan rakyat negara ini untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat.

“Sehingga 21 Februari lalu, seramai 3,683,944 warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar dalam PADU. Jumlah ini hanya meliputi 16.8 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

“Bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai keperluan untuk mendaftar dalam PADU, tumpuan terus diberi untuk mempergiat dan memperluaskan hebahan mengenai tujuan dan matlamat pelaksanaan PADU.

“Justeru, penerangan yang jelas mengenai usaha ini akan membantu kerajaan melakukan reformasi dalam membentuk minda ke arah masyarakat Malaysia Madani seperti yang dihasratkan.

“Amat penting juga untuk rakyat sentiasa bersedia melakukan perubahan, mengutamakan data dan peka kepada perkembangan teknologi dan pendigitalan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini, bagi menjawab pertanyaan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai langkah mengatasi rakyat yang enggan mendaftar PADU.

Dalam pada itu, Rafizi berkata strategi komunikasi berkesan juga sentiasa diberi penekanan bagi menarik minat berterusan rakyat negara ini untuk mendaftar.

Justeru itu, beliau menuntut ahli Parlimen memainkan peranan untuk bersama-sama membantu kerajaan memberi penerangan kepada rakyat di kawasan masing-masing dan mendaftar PADU.

“Pada masa ini, semua rakyat menerima manfaat dalam pemberian subsidi secara pukal yang dilaksanakan. Amalan sedia ada ini dilihat kurang efektif yang boleh menyebabkan berlakunya ketirisan dan pengurusan sumber yang tidak optimum.

“Kerjasama daripada semua pihak termasuk Ahli Yang Berhormat amat diperlukan bagi menyampaikan mesej ini ke arah menyokong usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.