nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersatu lulus pindaan lucut keahlian jika sokong PM

2 MAC : Bersatu hari ini meluluskan pindaan Perlembagaan yang melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyat yang menyokong mana-mana perkara bertentangan dengan keputusan parti.

Pindaan melibatkan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu itu diluluskan pada Mesyuarat Agung Khas, hari ini di mana jika berlaku bermakna kerusi dimenangi wakil rakyat itu perlu dikosongkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil (PRK).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan parti itu akan menghantar surat kepada enam wakil rakyat yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ia bagi mendapatkan pengesahan sama ada mereka masih kekal dengan keputusan tersebut.

“Selepas pindaan ini diluluskan, Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan hantar surat untuk tanya balik (mengenai pendirian untuk menyokong Anwar).

“Jika dia kata ya (kekal sokong Anwar), maka terkesanlah sebagaimana yang diperuntukkan Perlembagaan dan kerusi itu mesti dikosongkan.

“Jika mereka kekal dengan pendirian menyokong Perdana Menteri, maka selaras Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, Akta Anti Lompat Parti akan berkuat kuasa.

“Dengan itu, kerusi Parlimen yang disandang enam wakil rakyat terbabit akan dikosongkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Khas Bersatu.

Ditanya mengenai kesan pindaan itu, Muhyiddin berkata ia tidak menjadi isu kerana enam ahli Parlimen itu menyatakan masih lagi ahli Bersatu malah tidak disingkirkan setakat ini.

Terdahulu, usul pindaan itu dikemukakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan diluluskan dengan mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir.

Pindaan itu bagi menghalang tindakan khianat dalam kalangan wakil rakyat parti Bersatu susulan enam ahli Parlimennya menyatakan sokongan kepada Anwar.

Enam ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Ditanya mengenai kesediaan wakil rakyat terbabit mengosongkan kerusi secara sukarela, Muhyiddin berkata itu hak mereka.

“Soal dia nak kosongkan secara sukarela, itu soal dia tapi ikut peraturan yang sudah kita luluskan, keputusan itu selari dengan Akta Anti Lompat Parti,” katanya.

Sebelum ini tiga daripada enam ahli Parlimen tersebut, Syed Abu Hussin, Mohd Azizi dan Suhaili menyatakan kesediaan mengosongkan kerusi masing-masing jika perlu susulan pindaan Perlembagaan parti itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.