nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Golongan pertengahan Bumiputera perlu jadi pencipta nilai

2 MAC : Golongan pertengahan Bumiputera digesa mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pemerkasaan dan pengupayaan golongan Bumiputera hanya akan berjaya sekiranya mereka memiliki dan menguasai ekonomi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan usahawan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan masing-masing untuk menjadi pemodal kepada syarikat pemula niaga milik Bumiputera.

“Kelas pertengahan dan profesional Bumiputera di negara ini amat besar, ini boleh membuka ruang kepada mereka untuk menukar fungsi sebagai pemodal bagi syarikat pemula niaga,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sesi ‘Fireside Chat: Aspirasi Masa Hadapan Bumiputera’ sempena Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, hari ini.

Rafizi juga menyarankan syarikat pemodal swasta menanam modal dalam syarikat pemula niaga Bumiputera baharu yang ingin memulakan perniagaan.

Sementara itu, Rafizi berkata sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti oleh Bumiputera yang belum dicapai tidak menggambarkan pencapaian sebenar golongan itu.

“Jika kita lihat dari perspektif yang lebih luas, pencapaian Bumiputera cukup mengagumkan.

“Bagaimanapun, ini tidak ditunjukkan dalam bahagian ekuiti kerana syarikat berkaitan kerajaan dikendalikan oleh Bumiputera tetapi mereka tidak disenaraikan secara persendirian,” katanya.

September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata pemilikan ekuiti oleh Bumiputera di negara ini belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan selepas 50 tahun.

Sehubungan itu, Anwar berkata kerajaan akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi kumpulan itu supaya lebih bermakna.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.