nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tahanan rumah bagi banduan dihukum 4 tahun ke bawah

2 MAC : Kerajaan secara prinsip bersetuju memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.

“Perlu disemak apakah ia memadai dengan meminda undang-undang sedia ada atau ada keperluan gubal undang-undang baharu di bawah kuasa Ketua Pengarah Penjara atau Menteri KDN.

“Saya tugaskan Ketua Setiausaha KDN (Datuk Ruji Ubi) untuk buat semakan dan beri maklum balas, perkara ini mesti disegerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 bertemakan ‘Reformasi Koreksional Membangun Peradaban’ di Kompleks Penjara Puncak Borneo, hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, penghuni penjara yang erbabit bagi program berkenaan adalah individu berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung.

“Kalau yang disabitkan kesalahan itu membabitkan mereka dari kategori ini, kita lihat adalah lebih manusiawi kalau letak mereka di luar dan bukan dalam tembok (penjara).

“Untuk itu boleh kita pasangkan gajet kepada mereka untuk kita laksanakan home detention,” katanya.

Saifuddin berkata, menerusi program sedemikian seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib serta Program Pemulihan Pemasyarakatan, kerajaan bukan sahaja dapat menangani masalah kesesakan penjara malah ia sebagai langkah penjimatan kepada negara.

Katanya, program yang dijalankan sebelum ini memberi impak positif dengan statistik menunjukkan daripada 800 yang dibebaskan, hanya seorang dimasukkan semula ke penjara.

Terdahulu, beliau membacakan teks ucapan perasmian Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof bagi majlis berkenaan.

Dalam ucapan berkenaan, Fadillah berkata Institusi Penjara Sarawak diumumkan sebagai penerima Anugerah Penjara Negeri Cemerlang Tahun 2023 berikutan pencapaian cemerlang bagi empat petunjuk prestasi utama (KPI) standard antarabangsa dalam pengurusan sistem koreksional dan kepenjaraan.

“Empat KPl yang ditetapkan iaitu kadar residivis (jenayah berulang) sebanyak 12.7 peratus, jumlah reman sebanyak 13.5 peratus dan kadar kesesakan sebanyak -13.2 peratus, jauh lebih baik berbanding tahap standard antarabangsa iaitu 20 peratus.

“Kadar pemenjaraan pada 119 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding standard antarabangsa iaitu 145 bagi setiap 100,000 penduduk,” katanya.

Sambutan Hari Penjara hari ini adalah untuk menghargai kakitangan serta orang ramai yang telah menyumbang khidmat bakti kepada Jabatan Penjara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.