nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

3 kapal hantar bantuan ke Gaza berlayar 24 Apr ini

20 APR : Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi ‘Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024’ akan memulakan pelayaran pada Rabu (24 April, 2024) ini.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang, semalam.

“Kita menerima banyak indikasi pertamanya daripada aspek politik dan aspek teknikal kapal…bagi anda yang berkesempatan menaiki kapal pada sidang media hari ini, banyak perkara yang perlu disiap sebelum pelayaran dimulakan.

“Walaupun kita mempunyai tenaga kerja seramai 35 orang yang bekerja 24 jam untuk menyiapkan kapal-kapal ini, namun ia tetap tidak boleh memulakan pelayaran pada tarikh yang dijadualkan sebelum ini (21 April, 2024),” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu media melaporkan beberapa buah kapal terlibat dalam misi ini melibatkan satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.

Wright juga menegaskan misi ini tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat dalam tempoh beberapa hari mendatang.

Beliau berkata apa sahaja yang berlaku di antara dua negara tersebut tidak akan sesekali menjejaskan perancangan FFC untuk menghantar bantuan kemanusiaan yang mendesak kepada penduduk di Gaza.

Dua puluh warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa melakukan pelayaran menaiki flotila untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha dalam sidang media baru-baru ini berkata 20 warga Malaysia itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera Bernama TV Mohammad Nulhakim Jailan.

Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi ‘Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024’ itu.

*Foto : AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.