nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM seru tingkatkan dialog terbuka

24 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya menangani ancaman ketaksuban, kecelaruan dan sikap tidak bertoleransi yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat dan menjejaskan keamanan, menyeru agar rasa empati dan dialog terbuka dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, latar belakang dan agama ditingkatkan lagi.

Dalam ucapan sempena memperingati mendiang Profesor Toshihiko Izutsu di Universiti Keio di Tokyo, perdana menteri berkata, ditambah dengan faktor lain seperti politik dan etnosentrisme, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.

“Semasa kita memberi penghormatan kepada Toshihiko Izutsu, marilah juga kita renungkan keperluan mendesak untuk dialog peradaban dalam dunia kita yang semakin berpecah-belah.

“Dengan memupuk empati, persefahaman dan rasa hormat, kita boleh menentang perpecahan dan membina jambatan merentasi budaya, agama dan negara,” katanya dalam ucapan selama 40 minit di hadapan kira-kira 200 hadirin, lapor Bernama.

Izutsu adalah seorang sarjana Jepun yang pakar dalam pengajian Islam dan perbandingan agama, dikenali sebagai penterjemah terbaik al-Quran ke dalam bahasa Jepun.

Anwar berkata, teras kepada pendekatan Izutsu ialah doktrin empati beliau dalam pengajian agama, dan lensa empati ini amat relevan dalam masyarakat berbilang budaya seperti Malaysia, yang memiliki masyarakat pelbagai agama dan budaya yang wujud bersama.

“Saya percaya di Jepun, walaupun terdapat empati yang lebih besar dalam pendekatan terhadap kajian agama Buddha dan Kristian seperti ditunjukkan oleh tahap dan kekerapan dialog yang diadakan, nampaknya ia agak kurang dalam kes pendekatan terhadap Islam.

“Sebab itu saya memuji universiti ini dan merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kerana menjemput saya untuk majlis pidato ini. Pada pandangan saya secara rendah hati saya katakan, jika kita ingin berpegang teguh kepada ajaran dan teladan mulia Izutsu, perlu ada dialog yang lebih besar juga antara umat Islam di satu pihak dan penganut Buddha dan Kristian di pihak yang lain,” katanya.

Anwar seterusnya berkata, adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk bersikap empati terhadap agama lain bagi menggalakkan dan memelihara keharmonian masyarakat, tetapi empati perlu bersifat timbal balik.

“Betapa penting bagi umat Islam untuk memahami dan wujud rasa ihsan terhadap agama lain, maka begitulah juga pentingnya penganut Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain mempunyai empati yang sama terhadap Islam,” katanya.

Dalam mengetengahkan usaha Malaysia kearah persefahaman baru-baru ini, Anwar berkata, Malaysia menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa sulung pemimpin agama awal bulan ini, dengan tokoh agama dan intelektual dari seluruh dunia mengambil bahagian untuk menjalin pemahaman agama yang lebih besar dan dialog silang budaya.

“Dalam dunia yang wujudnya populisme dan ekstremisme etnik atau agama, seruan untuk empati mungkin bukan pendekatan yang paling mudah terutamanya bagi ahli politik yang ingin dipilih semula.

“Kita melihat ini di seluruh dunia terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat, itulah sebabnya keperluan untuk dialog silang budaya lebih mendesak berbanding sebelum ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.