nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Timba pengalaman sebanyak mungkin, pesan TPM

25 MEI : Pelajar Malaysia di China diingatkan supaya menggunakan peluang yang ada untuk menimba pengalaman dan meneroka sebanyak mungkin ilmu sepanjang berada di sini untuk dimanfaatkan apabila pulang ke tanah air nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata selain itu, pelajar Malaysia yang juga duta kecil negara perlu menjaga imej negara dengan menjalinkan hubungan baik sesama rakyat Malaysia dan masyarakat tempatan.

“Marilah kita bersama-sama mencipta kejayaan dalam apa juga lapangan dan mengharumkan nama Malaysia,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam sempena lawatan rasminya ke China yang bermula Rabu lalu hingga 1 Jun ini, lapor Bernama.

Kehadiran beliau diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan antara turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin; Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Suraya Pauzi dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid kini dalam lawatan rasmi pertamanya ke China sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022 dan lawatan itu adalah atas jemputan Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang.

Malaysia dan China mula menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974 dan ini merupakan lawatan pertukaran pemimpin tertinggi kedua-dua negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.