nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU suruhanjaya pekerja gig dibentang Julai ini

25 MEI : Rang undang-undang (RUU) berkaitan Suruhanjaya Pekerja Gig yang antara lain bertujuan melindungi hak 1.12 juta pekerja dalam sektor itu akan dibentangkan di Parlimen Julai ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil kerajaan selepas mendapat usul daripada golongan belia sebelum ini.

“Baru-baru ini ada usul daripada belia-belia. Dia (Golongan belia) minta supaya adakan Suruhanjaya Pekerja Gig kerana puluhan ribu, malah mencecah 100,000 anak-anak muda (bekerja) dalam (sektor) ekonomi gig.

“Kerajaan terus (rangka) dan kita telah siapkan undang-undang (Suruhanjaya Pekerja Gig)… insya-Allah boleh dibentangkan di Parlimen pada Julai akan datang dan bila kita dengar suara belia, kita cuba bukan sekadar santuni tapi kita laksanakan (permintaan belia),” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Anwar ketika berucap pada penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Putrajaya Mac lalu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig, dengan tumpuan untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia boleh menjadi negara hebat di rantau ini jika rakyatnya bersatu padu, menghilangkan keangkuhan dan perkauman sempit dalam kalangan masyarakat.

Justeru, beliau berkata golongan belia perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan maklumat yang cukup, kerana golongan itu bukan terkenal kerana suaranya, tetapi cita-cita murni dan idealisme mereka.

“Maka kita mesti menolak fahaman perkauman sempit, fahaman agama yang jumud yang melemahkan kita, tetapi mengangkat agama dari segi akidah yang baik dan akhlak yang baik.

“Ini tanggungjawab anak muda kerana apa-apa keputusan yang kita lakukan, kita nilai berdasarkan ilmu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM3 juta kepada Majlis Belia Malaysia bagi melaksanakan program dan pengurusan kelab-kelab belia seluruh negara.

“Dan untuk (program) Rakan Muda yang menjadi keutamaan, ditambah oleh Kementerian Belia (dan Sukan) dan program belia mesti diberikan keutamaan dan dukungan.

“Jadi saya setuju menyerahkan (perkara) ini kepada Hannah, supaya kita lengkapkan menjadi RM10 juta tahun ini,” katanya.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.