nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia lebih baik banding dulu

9 SEPT : Malaysia kini mendapat pengiktirafan yang lebih baik di peringkat antarabangsa berbanding sebelumnya hasil kerjasama strategik dengan kuasa besar seperti China dan Rusia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu bagaimanapun tidak sama sekali menjejaskan hubungan sedia ada dengan rakan dagangan tradisional Malaysia termasuk ASEAN, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

“Walaupun kita mendekati China kerana keupayaan dan kekuatan ekonomi China lebih segar bugar sekarang ini, dan mutakhir dengan Rusia, kerana keupayaan Rusia dalam beberapa bidang teknologi, (antaranya) aeroangkasa, tenaga, nuklear yang jauh lebih pantas, (tetapi) kita kekal dengan sahabat-sahabat tradisional kita termasuk, ASEAN, Eropah dan Amerika Syarikat (AS),” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030), di Cyberjaya pada Isnin, lapor Bernama.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Perdana menteri berkata pengiktirafan terhadap negara juga terus diperkukuh apabila Setiausaha Perdagangan AS, Gina M. Raimondo menerusi sepucuk surat hari ini menyatakan penghargaan atas kerjasama Malaysia yang membolehkan mereka melabur melalui pengeluar pesawat utamanya, Boeing.

“Ini (penghargaan) kerana mereka yakin keupayaan dasar kita walaupun kadang-kadang ada yang bimbang kerana ada sedikit anjakan dari segi dasar luar,” kata beliau.

Boeing pada 29 Ogos lepas menamakan semula kilang pembuatan yang terletak di Bukit Kayu Hitam, Kedah sebagai Boeing Composites Malaysia.

Syarikat itu dilaporkan telah membeli sepenuhnya Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama dengan syarikat bahan industri awam Hexcel Corporation, pada Disember 2023.

Kilang itu menyediakan produk komposit dan subpemasangan untuk semua model pesawat komersial Boeing termasuk 737 MAX dan 787 Dreamliner, dan merupakan kemudahan pembuatan milik penuh Boeing yang pertama di Asia Tenggara.

Boeing menggaji kira-kira 1,000 orang pekerja yang semuanya merupakan rakyat Malaysia untuk bekerja di kemudahan itu.

Sementara itu Anwar berkata, konsep ‘centrality’ penting sebagai tonggak utama dari segi dasar luar yang perlu disusuli dengan pendekatan pragmatik untuk memastikan tumpuan diberikan kepada keamanan dan keselamatan negara.

“…dan lebih utama negara ini harus menyiapkan anak-anak muda kita dalam bidang kemahiran terutama dalam beberapa disiplin baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan digital termasuk menguasai bidang transisi tenaga,” kata beliau.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.