nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan mesyuarat kerajaan perlu disampai ke akar umbi

3 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar semua keputusan yang dicapai dalam mesyuarat disalurkan kepada rakyat terutama penjawat awam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata apabila keputusan dalam mesyuarat tidak sampai ke peringkat bawah, ia menyebabkan mereka keresahan.

“Antara pandangan saya yang saya tegur dalam mesyuarat Kabinet adalah kadang-kadang keputusan kita ini tidak sampai ke bawah. Jadi di bawah itu ada keresahan.

“Keputusan kita dalam jemaah menteri itu patut disampaikan, segala tindakan harus disampaikan bukan hanya dalam mesyuarat post cabinet yang dipengerusikan menteri tapi juga mesyuarat yang dipengerusikan KSU (ketua setiausaha)…ketua jabatan.

“Saya harap hal ini disinggung dalam mesyuarat post cabinet, mesyuarat jabatan supaya dimengerti. Kalau tidak akan ada disconnect apa yang dilakukan di atas, tidak sampai kepada akar umbi.

“Jadi saya harap ini dapat dilakukan oleh semua jabatan dan (KSN) ketua setiausaha negara, KPPA (ketua pengarah perkhidmatan awam) bantu pantau supaya tingkat kefahaman kita lebih baik, kerja baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Menurut Anwar, beliau tidak mahu penjawat awam hanya mengambil tahuntentang keputusan yang dicapai bagi jabatannya sahaja sebaliknya mereka perlu memahami terkait jabatan lain termasuk Rang Undang-Undang (RUU) baharu.

“(Penjawat awam) tidak hanya terikat dengan jabatan mereka sahaja tetapi seperti iltizam perkhidmatan (RUU Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam) yang akan dibentang minggu ini juga harus difahami kerana ia terkait dengan tiap tugas dan penilaian proses kerja, SOP (prosedur operasi standard) setiap penjawat awam.

“Begitu juga RUU Perkhidmatan Parlimen, penjawat awam harus faham bahawa sistem kematangan demokrasi negara kita meningkat.

“…Kita harap dengan ini mungkin penjawat awam akan teliti RUU ini yang akan dibentangkan minggu ini juga. Sebaiknya saudara-saudara teliti,” katanya.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut memaklumkan, kerajaan akan membentangkan pindaan Perlembagaan, RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 di Dewan Rakyat, esok.

“Esok, insya-Allah kita akan bentangkan yang melibatkan pindaan Perlembagaan iaitu pengasingan pentadbiran pengurusan dan kuasa Parlimen yang bebas daripada perkhidmatan kerajaan yang disebut Akta Perkhidmatan Parlimen.

“Tidak mudah, kita berbincang panjang dengan pegawai pengurusan Parlimen, Speaker dan ahli-ahli Parlimen. Ini memberi satu ketetapan tentang kematangan proses demokrasi dalam negara. Parlimen itu sebagai mercu tanda kebebasan bersuara ahli-ahli Parlimen tapi tidak terlalu terikat dengan proses perkhidamtan awam secara menyeluruh. Itu maka dibebaskan.

“RUU yang akan dibentangkan esok tentunya memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen. Sebab itu saya kata ada juga kebijaksanaan apabila ada kuasa itu dimanfaatkan untuk melaksanakan program. Ini antara program yang agak penting kerana menunjukkan keupayaan kita perbaiki sistem pentadbiran dan demokrasi di negara kita,” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata kerajaan meneruskan tekad untuk meneruskan usaha reformasi institusi.

“Maknanya beberapa perubahan itu kita lakukan. Umpamanya di Kementerian Kewangan, kita perkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) bunyinya mudah tapi tidak mudah ya. Apa yang kita janjikan soal pengurangan defisit atau belanjawan. Itu mesti dilaksanakan, kalau tidak dilaksanakan harus dibentang semula untuk dibahas, bantah oleh Parlimen.

“Jadi, tak semua negara mahu buat begitu. Ia memerlukan tekad dan politik kalau betul-betul punyai iltizam untuk melakukan reformasi.

“Kedua Akta Perolehan Kerajaan supaya proses dan prosedur itu kekal sebagai peraturan kerajaan, kerajaan boleh bertukar ganti tapi akta itu kekal. Proses tender dan perolehan kerajaan itu mesti dipatuhi,” katanya.

Dalam ucapan sama, beliau menyebut tentang prestasi badan-badan penguatkuasaan di negara ini yang menjalankan tugas dengan lebih mantap.

“Kita di pihak kerajaan, jemaah menteri, KSN dan barisan tertinggi perkhidmatan awam memberi dukungan sepenuhnya dan kalau ada ruang perbaiki, kita akan perbaiki.

“Dalam mesyuarat kita rasakan kita sudah lakukan yang sempurna, ini pun satu masalah juga. Mesti kita ingat, ada ruang untuk diperbaiki,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.