nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tangguh haji, umrah: Utamakan fardu ain berbanding fardu kifayah

24 APR : Ibadah haji merupakan perkara wajib dan dianggap fardu ain manakala mengundi pada pilihan raya adalah fardu kifayah.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan perkara yang termasuk di dalam fardu ain perlu diutamakan berbanding fardu kifayah sekiranya terdapat pertembungan di antara kedua-dua situasi tersebut.

“Menurut seorang ulama, Imam al-Zarkasyi dalam kitab tulisan beliau, apabila bertembung dua perkara wajib antara fardu ain dan fardu kifayah dan perlu mengutamakan yang mana lebih kuat, maka perlu diutamakan fardhu ain.

“Maknanya jika ada pertembungan antara pilihan raya dan haji yang merupakan fardu ain,perlu utamakan haji…namun jika haji tersebut merupakn haji sunat, maka boleh adakan perbincangan untuk memilih hendak pergi mengundi atau menunaikan haji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Forum Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia pada Selasa.

Kenyataan tersebut merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memberi isyarat agar umat Islam mengutamakan kemenangan politik dipercayai melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning 26 April ini dan perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah serta haji.

Ahli Parlimen Marang itu berkata ketetapan berkenaan dibuat dengan mengambil ibrah peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

Kata Abdul Hadi, kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa, seiring firman Allah SWT yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam.

Dalam pada itu, Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata perkara yang sebaiknya adalah sesebuah pilihan raya itu ditangguhkan berbanding menangguhkan ibadah haji sekiranya kedua-duanya berlaku serentak.

Katanya, rundingan juga boleh diadakan bersama pemerintah negara serta parti politik yang lain bagi mendapatkan ketetapan baharu agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji.

“Saya bertanya kepada tokoh besar utama dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang isu menangguhkan haji yang wajib kerana pilihan raya dan beliau berkata menangguhkan pilihan raya lebih tepat berbanding menangguhkan ibadah haji.

“Jika pilihan raya boleh ditangguhkan, maka tidak timbul isu wajib atau tidak wajib mengundi…perkara ini boleh dirunding dengan persefahaman antara warga politik dan pihak pemerintah berbanding mengeluarkan kenyataan sebegitu,” katanya.

Pada masa sama, Khairuddin berkata kenyataan Abdul Hadi yang seolah-olah membenarkan umat Islam menangguhkan ibadat haji bagi memastikan kemenangan politik Islam perlu dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

“Ia mengelirukan masyarakat, jadi saya mencadangkan ia dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk pihak berautoriti mengeluarkan fatwa agar lebih jelas.

“Kita menyatakan keterbukaan untuk memilih mana-mana parti yang mencalonkan calon beragama yang dilihat baik untuk menjadi pemimpin…kempen sudah dijalankan maka setiap orang berhak memilih pemimpin yang baik,” katanya.

Pada Isnin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilapor sedang meneliti kenyataan Abdul Hadi bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam dan tidak menafsirkan kenyataan itu secara salah.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.