nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TMM 2026: Isu capaian Internet di Sabah perlu diselesai segera

26 APR : Pihak terlibat perlu merangka penyelesaian segera isu kualiti capaian Internet di kawasan pelancongan di Sabah.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyuarakan perkara itu susulan menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun depan.

Beliau mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta syarikat telekomunikasi mengambil perhatian dan meneliti masalah tersebut.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ia bagi memastikan pelancong tiada masalah capaian ketika berada di negara ini untuk berkongsi pengalaman.

“Hasrat saya memastikan isu kesalinghubungan terutama di pusat pelancongan di Sabah mendapat perhatian khusus syarikat telekomunikasi dan juga MCMC kerana kita ingin memberi fokus kepada para pelancong yang datang mendapat kemudahan Internet laju, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Selain liputan mudah alih, saya minta penelitian khusus untuk kita tingkat kemudahan WiFi awam kerana kita dapati para pengunjung di kawasan pelancong boleh memuat naik apa yang mereka saksi untuk kandungan media sosial,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pengujian liputan Internet Pusat Pelancongan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok, hari ini.

Selain itu, Fahmi berkata inisiatif ini akan memberi kesan kepada limpahan ekonomi penduduk yang mengusahakan aktiviti pelancongan.

“Di samping itu, langkah-langkah tersebut juga dapat membantu para pelancong untuk menikmati pengalaman percutian yang baik di Negeri Sabah tanpa terputus hubungan dengan dunia luar,” katanya.

Menyentuh soal program hari ini, Fahmi berkata lima penyedia rangkaian telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Unifi Mobile dan Yes diuji dengan rata-rata kadar liputan kelajuan direkodkan antara 89 hingga 200 megabait sesaat.

Katanya, ujian liputan di kawasan itu memuaskan khususnya di lokasi tumpuan utama pengunjung di Pusat Pemuliharaan Orang Utan dan RDC Sepilok.

Namun katanya, masih terdapat beberapa lokasi lain yang mempunyai liputan lemah seperti kaunter penerimaan dan klinik veterinar di Pusat Pemuliharaan Orang Utan dan Lakeside Pavilion di RDC.

“Selain Sepilok, kita juga dapati kawasan pelancongan lain seperti Pulau Sipadan, Semporna, (amat) terkenal sebagai kawasan selam dunia.

“(Pulau) Sipadan ini kawasan yang langsung tidak ada bekalan kuasa atau bekalan amat terhad tapi ramai pelancong. Jadi kita mahu pastikan tempat seperti ini mempunyai liputan komunikasi yang baik,” katanya.

Menurutnya, sesi libat urus bagi mengenal pasti kerjasama antara pusat pelancongan utama di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Sabah dengan Kementerian Komunikasi turut diadakan dalam usaha menjadikan industri pelancongan berkembang pesat dengan bantuan capaian komunikasi dan Internet yang lebih baik.

*Foto : Facebook Fahmi Fadzil

Get real time updates directly on you device, subscribe now.