nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengampunan Najib: ‘Siapa kata kita kendur?’

21 EPT : “Siapa kata kita kendur, undur?” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjelaskan pendirian Kerajaan MADANI susulan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata keputusan pengampunan itu tidak mengubah pendirian kerajaan untuk memastikan kes yang masih berjalan di mahkamah terus mengikut proses undang-undang.

“Kita akan teruskan kes-kes yang masih berjalan di mahkamah. Kes 1MDB masih berterusan. Kes sivil masih terus.

“Ia tidak menghalang. Siapa kata kita kendur, undur?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Grand Ballroom, SITC, Shah Alam pada Ahad.

Namun, Anwar mempertahankan pendiriannya bahawa setiap banduan mempunyai hak mengemukakan rayuan pengampunan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan, termasuk Najib.

Katanya, pendirian itu sudah dinyatakannya sejak dua tahun lalu ketika pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan bahawa nasihatnya sebagai Perdana Menteri tidak bermaksud beliau menentukan keputusan berhubung pengampunan berkenaan.

“Apakah nasihat saya itu ke arah keputusan? Tidak. Saya tetap mengingatkan tentang kes yang masih berjalan. Saya tetap mengingatkan bahawa denda itu terlalu besar.

Saya tetap mengingatkan bahawa kesannya kepada keyakinan rakyat kepada sistem dan pandangan antarabangsa itu harus diberikan perhatian,” katanya.

Menurut Anwar, perkara sama turut dinasihatkan kepada Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong serta Yang di-Pertuan Agong ketika ini, Sultan Ibrahim.

Beliau sebelum ini turut menegaskan semua kes rasuah yang masih berjalan perlu diteruskan mengikut proses dan landasan undang-undang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.