nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pematuhan papar harga ubat memuaskan : KKM

4 MEI : Kementerian Kesihatan (KKM) melihat tahap pematuhan memuaskan terhadap Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025 yang dikuat kuasa, Khamis lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata untuk tempoh tiga bulan ini, kementeriannya menumpu kepada aspek pendidikan.

Justeru itu, tiada denda atau kompaun akan dikeluarkan jika ada farmasi dan klinik swasta yang gagal mematuhi perintah itu.

“Tiga bulan diperlukan bagi semua pihak untuk lebih jelas dan lebih tahu mengenai hal yang terkait serta bagaimana untuk membuat paparan ubat.

“Saya sempat ke tiga farmasi dan klinik swasta semalam dan mereka menunjukkan kepada saya kaedah yang mereka gunakan untuk paparan ubat, termasuk dalam bentuk kod respons pantas (QR),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025-2030, hari ini.

Namun, Dr Dzulkefly berharap kesemua fasiliti terbabit menyokong usaha KKM itu.

“Saya yakin semua akan turut serta dalam perkara ini. Pihak kami juga akan mengadakan libat urus dengan pengamal perubatan swasta (GP) untuk kita membantu dalam aspek pematuhan,” katanya.

Perintah pemaparan harga ubat itu itu dikuatkuasakan menerusi pewartaan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025, 1 Mei lalu.

Mengikut ketetapan itu, harga bagi semua ubat perlu dipamer dengan jelas sama ada di rak pameran, katalog atau senarai harga bertulis.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly menyambut baik penguatkuasaan larangan penjualan produk rokok elektronik (vape) di Terengganu mulai 1 Ogos ini.

Katanya, KKM terus mempertingkatkan penguatkuasaan dan kawal selia menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menyentuh soal Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025-2030, Dr Dzulkefly berkata ia merupakan pelan komprehensif KKM dalam menangani beban penyakit paru-paru melalui strategi pencegahan, saringan awal, rawatan dan kerjasama rentas sektor.

“Inisiatif ini menyatukan tindakan terhadap penyakit tidak berjangkit seperti asma dan kanser paru-paru serta penyakit berjangkit seperti TB dan pneumonia.

“Ia juga memanfaatkan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam saringan X-ray dada untuk meningkatkan pengesanan awal,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selain itu katanya, Malaysia bakal membawa resolusi itu ke pentas antarabangsa menerusi World Health Assembly (WHA), bulan ini.

“Ini merupakan langkah penting bagi mengarusperdanakan kesihatan paru-paru dalam agenda kesihatan global dan menyeru komitmen WHO serta negara-negara anggota dalam menangani krisis senyap ini secara menyeluruh.

“Kesihatan paru-paru adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan daya tahan sistem kesihatan. Inilah Malaysia MADANI memperjuangkan hak kesihatan bukan sahaja untuk rakyat sendiri tetapi juga untuk komuniti global,” katanya.

*Foto : Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

Get real time updates directly on you device, subscribe now.