nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penjara Machang paling sesak, ramai banduan kes dadah

4 MEI : Penjara Machang di Kelantan merupakan penjara paling sesak di negara ini dengan jumlah banduan di situ lebih dua kali ganda daripada kapasiti asal.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 80 peratus daripada keseluruhan banduan di penjara itu melibatkan kes berkaitan dadah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kapasiti penjara itu hanya mampu menampung 1,560 banduan pada satu masa namun kini terdapat 3,184 banduan di situ.

“Semua banduan di Penjara Machang adalah kes sabitan dan 80 peratus daripadanya melibatkan kesalahan berkaitan dadah.

“Negara mempunyai 43 buah penjara dan Penjara Machang adalah yang paling sesak.

“Penjara Pengkalan Chepa juga berdepan situasi sama apabila menempatkan 2,977 banduan berbanding kapasiti asal hanya 1,500 orang.

“Daripada jumlah itu, 65 peratus merupakan banduan kes berkaitan dadah sama ada reman atau sabitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kontinjen Kelantan sempena Mesyuarat Pasca Kabinet (MPK) KDN, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata angka itu menunjukkan tahap keseriusan kes penyalahgunaan dadah di Kelantan.

Katanya, perkara itu bukan lagi sekadar isu sosial namun ia sudah menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Selain itu, mengikut statistik bagi tahun 2022, 2023 dan suku pertama 2024 berlaku peningkatan konsisten terhadap jumlah tangkapan, reman dan sabitan berkaitan kes dadah di Kelantan.

“Tren peningkatan ini amat jelas. Malah, Kelantan mencatat kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini iaitu melebihi 1,000 kes bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding purata nasional sebanyak 566 kes.

“Empat negeri sempadan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berada dalam senarai tertinggi penyalahgunaan dadah. Daripada lima daerah utama di negara ini, empat terletak di Kelantan iaitu Kuala Krai, Bachok, Tanah Merah dan Pasir Puteh selain Pendang di Kedah,” katanya.

*Foto : Facebook Pak Ya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.