12 JUN : Pesawat Air India terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad, India, hari ini.
Akhbar tempatan, Indian Express yang memetik sumber polis melaporkan kesemua 242 penumpang termasuk 12 anak kapal disahkan maut dalam kejadian itu.
Penerbangan AI171 itu dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK).
Pesawat Boeing 787-8 berlepas jam 1.38 tengah hari waktu tempatan sebelum terhempas di atas sebuah bangunan asrama doktor di negeri Gujarat, barat India.
Penumpang yang maut terdiri daripada 169 warga India, 53 warga British, 7 warga Portugal dan seorang warga Kanada.
Setakat ini, tiada laporan yang menyebut tentang orang awam yang terjejas dalam nahas itu.
Dalam pada itu, pihak berkuasa menyifatkan tragedi itu sebagai antara bencana penerbangan paling buruk dalam sejarah India.