nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Awas harga lembu, kambing terlalu murah

5 JUL : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengingatkan orang awam agar berhati-hati dengan tawaran harga lembu atau kambing yang terlalu murah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu membangkitkan perkara itu susulan pembongkaran kes sindiket yang menyorok dadah dalam timbunan najis lembu.

“Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan laporan penemuan dadah yang disorok dalam timbunan tahi lembu.

“Pada Bang Mat, perkara ini tidaklah mengejutkan kerana siasatan awal mengenai harga daging lembu yang terlalu murah, terutamanya di negeri-negeri bersempadan dengan Thailand memang menunjukkan ada unsur penyelewengan yang mencurigakan.

“Lembu-lembu seludup ini tidak melalui sebarang proses kuarantin atau pemeriksaan kesihatan dan berisiko membawa penyakit berjangkit yang boleh merebak kepada ternakan tempatan. Lebih malang, ada pula lembu ini yang dijadikan ‘keldai dadah’. Inilah realiti yang kita sedang hadapi.

“Saya ingin mengingatkan rakyat, berhati-hatilah bila membeli lembu atau kambing yang dijual pada harga terlalu murah. Jangan kerana nak jimat RM10, kita tanpa sedar menyokong aktiviti jenayah yang boleh merosakkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini.

Minggu lalu, polis membongkar sindiket yang menyembunyikan puluhan kilogram pil kuda di bawah najis lembu dalam enam serbuan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat.

Dalam kenyataan sama, Mohamad berkata lebih 80,000 ekor lembu diseludup masuk ke negara ini yang bukan sahaja ancaman kepada pendapatan penternak tempatan, malah membahayakan industri ternakan negara secara keseluruhan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membongkar kes ini dan menahan mereka yang terlibat.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan dua perkara iaitu dadah yang merosakkan generasi muda dan penyeludupan haiwan yang mengancam industri makanan negara. Kedua-duanya mesti kita tentang habis-habisan,” katanya.

Beliau sempat menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam membanteras penyeludupan di sempadan.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.