nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengurangan tarif AS tanda keyakinan terhadap diplomasi Malaysia

1 OGOS : Langkah Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus dilihat bukan semata-mata keputusan ekonomi.

Sebaliknya, ia mencerminkan keyakinan Washington terhadap kestabilan serta keupayaan diplomatik Malaysia dalam mengimbangi hubungan antara kuasa besar seperti China dan AS.

Penganalisis geopolitik yang juga Felo Majlis Profesor Negara, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata pengurangan tarif itu juga memperkukuh imej Malaysia sebagai rakan dagang strategik dan memberi kelebihan kepada negara untuk terus bersaing dalam landskap serantau yang semakin mencabar.

“Kadar 19 peratus itu sangat penting kerana ia meletakkan Malaysia setara dengan negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja dan hanya satu peratus di bawah Vietnam.

“Dalam konteks eksport, ini menjadikan produk kita jauh lebih bersaing di pasaran AS khususnya apabila dibandingkan dengan negara serantau lain yang turut bergantung kepada pasaran sama seperti Indonesia, Kemboja dan Vietnam,” katanya kepada BBCPORTAL.

Terdahulu, White House dalam kenyataan rasmi memaklumkan kadar tarif baharu itu akan mula berkuat kuasa pada 7 Ogos susulan perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden Donald Trump melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia.

Mengulas aspek hubungan diplomatik, Azmi menyifatkan pengurangan tarif itu sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu serantau terutamanya peranannya dalam konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja.

Selain itu, katanya langkah tersebut juga  merupakan satu kejayaan strategik yang memastikan Malaysia kekal relevan dalam kerjasama serantau tanpa perlu tunduk kepada tekanan geopolitik.

“Trump secara terbuka menyatakan penglibatan aktif Malaysia termasuk perbincangan damai di bawah ASEAN…ini menunjukkan Malaysia tidak meminggirkan mana-mana kuasa besar baik AS mahupun China…ini antara faktor yang mendorong AS melonggarkan tarif terhadap kita.

“Dengan tarif 19 peratus ini, Malaysia kekal berdaya saing dalam kalangan negara ASEAN tanpa perlu membuat konsesi besar terhadap dasar perdagangan atau kepentingan domestik…ini satu kelebihan yang tidak dinikmati semua negara,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata Malaysia dilihat berpotensi menawarkan bentuk kompromi yang bersifat teknikal kepada AS sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan perdagangan dua hala susulan pengurangan tarif.

Katanya, pensijilan halal dilihat sebagai salah satu bentuk kerjasama yang boleh dipertimbangkan Malaysia bagi memperkukuh hubungan perdagangan tanpa perlu membuka pasaran secara menyeluruh kepada negara itu.

“Mungkin kita boleh pertimbangkan untuk mempermudah proses pensijilan halal bagi produk Amerika  sebagaimana kemudahan yang diberikan kepada Australia di mana pensijilan dilakukan di negara asal dan tetap diiktiraf oleh Malaysia.

“Namun, kita masih belum tahu bentuk timbal balas sebenar kepada AS…setakat ini, kita mengenakan tarif sekitar empat hingga lima peratus terhadap produk mereka… jadi ruang untuk fleksibiliti masih ada,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.