7 OGOS : Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif tambahan kepada India sebanyak 25 peratus susulan keputusan negara iotu membeli minyak dari Rusia.
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif tersebut yang menjadikan angka tarif keseluruhan barangan import India sebanyak 50 peratus.
Kadar itu merupakan antara yang tertinggi dikenakan AS setakat ini.
Menurut laporan Agensi, kadar baharu itu akan berkuat kuasa pada 27 Ogos ini.
Sementara itu, Kementerian Luar India menyifatkan tindakan AS itu sebagai tidak adil, tidak wajar dan tidak munasabah.
Tegas kementerian itu, import minyak dari Rusia sudah dimaklumkan sebelum ini.