nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kabinet baharu tingkat kelancaran dasar strategik negara

17 DIS : Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penempatan tokoh berpengalaman menerajui kementerian utama dijangka memperkukuh pentadbiran kerajaan serta mempercepat pelaksanaan dasar, khususnya dalam merangsang pelaburan, eksport dan transformasi sektor strategik.

Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata Kabinet baharu ini juga dijangka turut memperkukuh  penyelarasan dasar industri, perdagangan dan makroekonomi negara termasuk memudahkan koordinasi antara kementerian utama bagi mengelakkan kelewatan pelaksanaan.

Menurutnya, pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani ke Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberi isyarat kesinambungan dan kebolehlaksanaan memandangkan MITI memainkan peranan utama dalam pelaburan asing, rantaian bekalan dan daya saing industri.

“Johari sebelum ini memegang portfolio strategik lain dan penempatannya di MITI memudahkan penajaman hala tuju dasar pelaburan serta koordinasi dengan agensi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di samping menyelesaikan jurang yang ditinggalkan portfolio terdahulu.

“Pelantikan Akmal Nasrullah ke Kementerian Ekonomi pula menutup ruang ketidaktentuan dasar makro yang timbul ekoran peletakan jawatan sebelumnya lalu mengembalikan kejelasan keutamaan termasuk pengurusan kos sara hidup, produktiviti dan reformasi struktur.

“Kedua-dua langkah ini sejajar dengan sorotan media antarabangsa bahawa rombakan dilakukan untuk tumpuan kepada pertumbuhan yang lebih kuat  dan penstabilan pentadbiran menjelang fasa akhir penggal,” katanya kepada BBCPORTAL.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata pengisian jawatan menteri dalam MITI, Kementerian Ekonomi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menutup jurang penyelarasan antara dasar perdagangan, industri, kelestarian sumber dan pemerkasaan keusahawanan.

Katanya, pengisian kekosongan jawatan ini juga sekali gus meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program di bawah Kerajaan MADANI di peringkat kementerian dan agensi.

“Anwar juga menekankan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus dan keberkesanan pelaksanaan dengan menjadikan proses penyelarasan semula Kabinet sebagai mekanisme bagi mempercepatkan pengambilan keputusan dan kelulusan projek dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu,” katanya.

Dalam pada itu, Barjoyai berkata Kabinet baharu berpotensi memperkukuh kestabilan ekonomi negara serta memperbaiki penyampaian projek dan inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Menurutnya, pengisian penuh 28 lantikan dan pertukaran portfolio mencerminkan kapasiti pentadbiran yang lebih menyeluruh yang lazimnya diterjemahkan kepada penyampaian projek lebih konsisten serta peningkatan prestasi ekonomi yang boleh diukur.

“Dari sudut koordinasi, kenyataan Anwar bahawa Kabinet perlu bekerja sebagai satu pasukan membayangkan penyelarasan keputusan yang lebih rapi antara kementerian ekonomi utama yang sebelum ini terjejas akibat kekosongan portfolio, sekali gus melancarkan kelulusan dan mempercepat pelaksanaan projek infrastruktur, digitalisasi, peralihan tenaga serta inisiatif kos sara hidup.

“Dari sudut momentum pelaksanaan, penekanan terhadap ‘stronger growth’ mencerminkan matlamat jangka pendek kerajaan untuk memulihkan sentimen domestik dan keyakinan pasaran di tengah tekanan kos sara hidup serta ketidaktentuan global,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.